BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 9, 2010

Cemburu pada Bidadari Syurga??


"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm...nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.

"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design'
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j

****

Artikel yang Ana jumpa masa blogjogging..menarik~
Ana rasa Ana perlu cemburu pada mereka..untuk memperbaiki diri..tak kira la dari apa2 segi..


Tuesday, June 8, 2010

Masak Lemak Cili Padi..

Yer puan2 menu kita hari ini adalah telur itik ayam masak lemak cili padi..Bahan2nya..beberapa ketul cili padi..seketul bawang..beberapa bijik telur dan minyak sesedap rasa..

Sume bahan2 diblend..dan terus ditaruk ke dalam periuk..masukkan setin santan dan kunyit..sambil2 benda tu mendidih pecah2kan telur2 tersebut..maka puan2 siaplah masakan kita hari ni..

Sedap ke idak..itu lain kire hehehe :P

Dari malam semalam dok teringin, bangun je pagi dgn semangatnya pergi mencari bahan2 utk masak..masak dalam kul 2.30ptg..kul 3.00ptg siap..tapi makan kul 6 lebih sebab ada klas plak..kang dah makan, mengantuk plak dalam klas..senang je memasak ni tapi cuma malas..bile dah teringin sangat baru nak masuk dapur :P

****


Dalam klas..dah akhir2 waktu ni pikir nak balik je.. :P klas plak beberapa kerat je yg dtg..aduii...mmg bosan...tahan je la

****

Sesi Soal Jawab

Assalamualaikum ustaz

Saya ada sedikit kemusykilan..

dari apa yg saya faham..hukum hudud adalah untuk menggantikan hukuman yg akan dikenakan di akhirat kelak apabila melakukan sesuatu kesalahan..adakah benar fahaman saya ini?

jika seseorang melakukan kesalahan yg patut dikenakan hukum hudud..tetapi di negara kita hukuman tersebut tidak dilaksanakan..adakah hukuman yg akan dikenakan hanya di akhirat kelak?hukuman yg berlipat kali ganda berbanding hukum hudud...

saya ingin minta maaf jika ada tersalah bahasa

-yg ingin belajar-

W.Salam

Jika disebuah negara yang tidak melaksanakan hukum hudud seperti negara kita ini pesalah yang dijatuhkan dengan hukuman selain hudud tidak lagi akan dikenakan hudud pada akhirat dengan syarat ia telah bertaubat dengan taubat nasuha.

Adapun pesalah yang tidak dikenakan hukum hudud dan tidak pula bertubat maka ia akan dikenakan hukuman sekali lagi di akhirat nanti jika Allah swt tidak memberi keampunan kepadanya. Begitu juga pesalah yang telah kena hudud di dunia tetapi tidak bertaubat.

Jadi pesalah tidak bertanggung jawab kenapa tidak kena hudud di dunia. Pemerintahlah yang bertanggung jawab dihadapan Allah swt nanti.

Wallahua'lam


Monday, June 7, 2010

Bunga Padang Pasir


Hari ni..sampai la benda yang Ana nantikan dari minggu lepas..dah lama berangan nak ada sebenarnya..tak terbeli2..akhirnya disebabkan nafsu utk memiliki tu tinggi..akhirnya terbeli jugak :D huhu lagha2.. sure nanti berabuk je.. :P




Ni 1st electric guitar Ana..terus layan lagu sofea..bajet leh main sehebat tu :P

Sofea

Bunga Padang Pasir

Kau mekar di hatiku umpama
Sekuntum bunga di padang pasir
Kau adalah musafir dahaga
Seteguk kehausan cintaku

Di dataran kering kontang
Tanpa ada penghuni asing
Namun kau bunga ku
Subur mekar dijambangan

Kini kau merayuku dahagakan
Seteguk air bagai musafir
Di padang pasir

Hanya cintaku
Pelepas dahagamu
Terdengar mesra rintihan
Menjerit dalam kehausan


Saturday, June 5, 2010

Pesanan Mujahid untuk Para Mujahidah...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxbad9GLxVCYr4qylRqaotwCuAbinHiv5rgrKp5dln4E7_Yquj2P5jklOAtucwxEr2M8FHllrAW5KJ_SIWT4Ucy1VXYi_-0X6YN3TgkoOpkZPTCDZ8i35qz6U_uL9ecQ5WqiyBgVcAe4k/s400/Mujahidah%2520Dewasa.jpg

Saudariku yg dimuliakan Allah SWT, sungguh Allah SWT telah berfirman:
“Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapatkan kemenangan yang besar” QS Al Ahzaab : 71....

Saudariku yg dimuliakan Allah SWT, di kehidupan kita tiada kebahagiaan yang sempurna, selain kebahagiaan seseorang dalam rumah tangganya,
dan kebahagiaannya di akhirat kelak. Begitu pula, tiada penderitaan yang paling menyakitkan, selain penderitaan dalam kehidupan rumah tangganya dan penderitaannya kelak di akhirat.....

Maka siapa saja yg merasa bahagia, dalam menjalani rumah tangganya, diapun pasti akan bahagia dalam menjalani hidup sesamanya. Begitu pula sebaliknya, jika dia merasakan kehilangan ketenangan jiwa didalam kehidupan rumah tangganya, maka kehidupannya dengan bersama yang lainpun akan terasa membosankan dan menyusahkan.....

Saudariku, taukah kamu? Kebahagiaan bukanlah bintang ajaib, yang jatuh kepada setiap orang, lantas kita akan merasakannya dan siapa yang tidak mendapatkan bintang itu, maka hidupnya akan menderita dan susah. Akan tetapi kebahagiaan terjadi diluar kemampuan manusia, terjadi di luar ambang batas kesanggupan manusia, dan itu hanya bisa diraih dengan tekad yang kuat, usaha dan juga kerja keras. Kebahagiaan yang penuh aral melintang, dan juga batu terjang menghadang, kebahagiaan hakiki yang menjadi janji Rabbull ‘Izzati. Kebahagiaan yang tak jarang orang mati dalam meniti, hingga menjadikan sedikit sekali orang merindukannya, kerana indahnya dunia,
Indahnya dunia dan banyaknya harta, telah melenyapkan dan mengalahkan janji Rabbnya.....

Saudariku yg dimuliakan Allah SWT, satu–satunya yang dapat menghantarkan kita ke dalam kebahagiaan, dan ketenangan di dunia, serta keselamatan dan keberuntungan kita di akhirat kelak, adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Ketaatan yang menuntut keikhlasan, ketaatan yang tidak menjadikan hati menjadi berat, ketaatan yang menuntut penerimaan yang tulus dalam diri kita, ketaatan yang menuntut pengorbanan, harta, keluarga, bahkan jiwa sekalipun dalam diri kita. Oleh kerana itu Saudariku yg dimuliakan Allah SWT, sungguh indah bila rumah tangga dihiasi dengan bingkai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Alangkah bahagianya bila suamimu adalah orang yang selalu mendermahkan hidup, harta dan jiwanya untuk meraih kemuliaan di sisi Allah SWT, Keningnya senantiasa tunduk kerana sujud, Lisannya takkan pernah lelah kerana berzikir, Keringatnya takkan pernah kering dari amaliyah nya dan Debu dan luka yang selalu menyelimuti tubuh dan pakaiannya, hanya karena kecintaannya berjuang di jalan Allah SWT....Ya Allah

Engkau…Ya, engkau dan anakmu, tak pernah memalingkannya untuk meraih kemuliaan di sisi Rabbnya, justeru suamimu akan menjadikanmu dan anakmu sebagai bahtera yang menyelamatkan kehidupannya dan bukan sebagai penghalang atau penghancur kebahagiaannya. Suamimu akan selalu menanamkan sikap Qona’ah dan juga keperwiraan kepada keluarganya juga tidak pernah berkecil hati dengan segala pemberian Rabbnya.....

Saudariku yg dimuliakan Allah SWT, alangkah mulianya bila dirimu mendermahkan hidup, harta dan jiwamu meraih kemuliaan disisi Allah SWT, kemuliaanmu akan kamu raih dengan ketaatanmu kepada suamimu, selalu menjaga rahsia, harta, dan kehormatan suamimu. Kerana taukah kamu?? Bila syurga dan nerakamu terletak pada ketaatanmu, biarkanlah bibirmu yang merah merekah selalu tersenyum simpul dengan pemberian seadanya dari suamimu yang tercinta, biarkanlah dari tanganmu yang lembut dan mulia tumbuh dan berkembang singa–singa perwira atau pejuang pembela Robbul ‘Izzati, Diennullah dan Ummah, bukan tumbuh seekor ayam yang setiap saat bisa di permainkan atau di sembelih oleh musuh-musuh Allah. Malammu selalu dihidupkan untuk berdo’a memohon dan berdo’a kepada Rabbul ‘Izzati demi kemuliaan diri, anak dan suamimu. Kamu tidak akan pernah rela bila suamimu tergoda oleh ni’mat dunia yang fana dan hatimu pun tidak akan pernah tenang bila suamimu lari dari ladang perjuangan, kamupun tidak ingin menjadi penghalang suamimu tuk meraih kemuliaannya. Oleh kerana itu saudariku, banggalah dengan dirimu, banggalah dengan keadaanmu, kerana kamu adalah isteri dari seorang Mujahid.....

Ya…Kamu isteri seorang Mujahid dan bukannlah isteri seorang konglomerat. Kalau suamimu atau kamu ingin meninggalkan Jihad ini dan kerja siang malam setengah mati, mungkin saja rezekinya di sana dan akan memberikan tambahan wang atau harta untuk kamu, keluargamu atau anak-anakmu. Tetapi kamu? Kamu akan mendapatkan banyak sekali kerugian dikehidupan duniamu ini. Taukah kamu wahai saudariku?? Seorang suami yang jauh dari Jihad, jauh dari zikir, dan jauh dari Islam, dia akan senang bermain diluar, berkhianat diluar dan dia tidak akan pernah bisa mendidik juga tidak pernah bisa membuat anak–anaknya menjadi orang–orang yang berjiwa mulia....

Saudariku, akhirnya wajah kamu akan kerepot, layu, mengenang masa lalu yang kelam, tapi jangan lupa wahai saudariku, jangan pernah lupa, kalau di rumahmu ada seorang Mujahid, Ooh…sungguh suatu kebanggaan tersendiri di rumahku ada seorang Mujahid, suatu kebanggaan luar biasa seorang wanita mempunyai suami seorang Mujahid. Boleh jadi dia seorang yang tak punya harta, boleh jadi dia seorang yang tak perkasa, namun itu semua tak mengapa kerana dia mulia di mata Rabbnya....

Saudariku yg dimuliakan Allah SWT, apalah erti keindahan? Kerana keindahan itu di hati. Apalah erti dari sebuah kekayaan? Kerana kekayaan itu adalah hati dan iman. Jangan pernah kau sakiti dia, jangan..jangan pernah engkau sakiti dia. Siapa tau dia telah mempunyai seorang isteri di syurga sana, sedang memarahimu dan mengatakan “Biar..Biarkanlah dia, biarkanlah dia jangan kau ganggu suamiku”.....

Saudariku, jangan sampai malaikat mencercamu, kerana kamu telah memisahkan sang Mujahid di malam hari, dan menggerutuinya atau bermuka cemberut di pagi hari.
Demi Allah..Demi Allah kehidupanmu akan susah, dan perjalananmu akan terasa berat bila kamu menyulitkannya, tidakkah kamu ingin kembali berkumpul bersamanya kelak di Jannah??

***

Alangkah bertuahnya jika Ana seorang isteri kepada Mujahid yang sentiasa berjihad di jalan Allah..

Friday, June 4, 2010

Epal dan Wanita


Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tidak ada sesiapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat saja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tetapi di akhirat kelak. Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..


"Cukuplah sekadar aku mencintai dan dicintaiNya...
Kerana suatu hari nanti aku pasti...
Orang yang mencintai dan dicintaiNya...
Pasti akan mencintaiku..."


Thursday, June 3, 2010

Terkilan....


Ana sangat terkilan dengan beberapa orang insan..
Ya Allah Tuhan yang Maha Pengampun..
Ampunkanlah dosa Ana..
Ampunkanlah dosa mereka..
Ampunkanlah dosa kami..

Tuesday, June 1, 2010

Perkongsian Online: Gaza - Bersatu dan Berganding Tangan


Satu talk online yang disampaikan oleh Abu Amirah berkenaan Palestin dan tanggungjawab kita sebagai umat Islam.


Hampir 200 orang yang online termasuk pelajar2 oversea dan di Malaysia.

Banyak info yang Ana dapat daripada talk ni. Jazakallah kepada yang menganjurkan.

Slide talk bole di download di link ni

Antara kandungan slide : Tarbiyah Peristiwa
  • Gunakan peristiwa semasa yang berlaku untuk mentarbiyah roh, emosi, aqal dan jasad ummat yang sedang tidur
  • Gunakan kesempatan ini untuk ‘serang’ kejahatan jahiliyah dan ketinggian Islam
  • Bongkar Jahiliyyah dengan pelbagai cara (syarie’) – dedahkan kebohongan, rahsia mereka, siapa mereka, apa mereka buat, apa perancangan mereka, dsbnya..
  • Dibenarkan ‘physco war’ – semasa peperangan. Sekarang waktu ‘cold war’ antara Islam dan Jahiliyah.
Apa kata Rabi Yahudi?

‘Janganlah ummat Islam bermimpi untuk mengalahkan Yahudi sehingga bilangan mereka yang solat subuh berjamaah di masjid menyamai bilangan yang datang untuk solat Jumaat’


Rasulullah saw bersabda:

“Dan sesungguhnya Allah akan mencabut dari hati musuh-musuhmu rasa takut kepadamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hatimu ‘Al Wahan’,

mereka bertanya:

‘Apakah Al Wahan itu ya Rasulullah?’

baginda berkata:Cinta dunia dan takut mati.”

(HR Ahmad & Abu Daud)


Diari musim bunga..


Rutin harian Ana selalunya mengikut musim2 di sini..sekarang ni musim bunga..musim yang paling Ana suke!! bunga2 mekar dan cuaca taklah terlampau panas atau sejuk..cuma sekarang ni selalu hujan..

10 pagi
- Bermula hari Ana..lepas mandi dan breakfast ala kadar selalunya minum coffee dan makan waffle..Ana akan duduk depan laptop wat apa yg patut :D termasuk la cek dan membalas segala email dan msg dari rakan2

1 petang
- Selesai Zuhur, Ana bersiap2 ke kelas..sem ni hampir kelas waktu petang..tak lama cuma 1 period je satu hari - satu jam setengah

4 petang
- pas balik klas, Ana akan masak utk lunch..kadang2 lunch + dinner skali.. huhuhu malas nak masak banyak kali :D

6 ptg
- lepas Asar..waktu bersenam!! haha konon2 nak menjalani cara hidup sihat.. sama ada nek beskal kat dalam bilik takpun jog kat trek..best sebenarnya bile exercise ni..rasa ringan sket badan..Ana akan wat paling kurang 5 pusingan..harap2 nanti dapat wat 10 pusingan

9 mlm
- time ni usha balik laptop..tapi waktu2 sebelum ni pun usha jugak huhuhu maghrib masuk lambat..dalam kul 9 lebih..sambil2 tunggu maghrib selalunya aktiviti Ana wat video2 kt youtube
tak pun update blog..pas setel sume baru start study

11 mlm
- baru isya' masuk..mmg kadang2 pening gak ngan waktu2 solat yg sentiasa berubah..kena sentiasa alert ngan waktu, kalau tak sure terlepas..lepas isya' Ana akan mengadap laptop lagi sambil study sket2 huhuhu

2 pagi
- Ana akan stay up sampai subuh..sebab subuh akan masuk dalam kul 2 lebih..kalau tertido, memang agak susah nak bangun..dari terlepas baik la berjaga..

3 pagi
- waktu tidur Ana..kadang2 terlajak gak sampai kul 5 pagi.. :P

Ana rasa lepas ni..kat akhir entri, Ana akan wat satu slot khas soal jawab..at least sape2 yang terbace dapat gak ilmu kan..dari bace apa yg Ana melalut jeee :D
Sume soalan2 dan jawapan Ana amik dari www.ustazazhar.com

****

Assalamualaikum..saya ingin bertanyakan mengenai rebonding rambut.Boleh atau tidak kita rebonding/meluruskan rambut hanya untuk tatapan suami kerana setahu saya,mengubah ciptaan Tuhan tanpa sebab yg munasabah adalah berdosa.Bolehkah ustaz tolong jelaskan?

w.salam

Setengah ulamak mengharuskan teknik rebonding ini dengan syarat hanya apabila suami yang menyuruh dan wajib ditutup rambutnya apabila berhadapan dengan lelaki bukan mahram. Keharusan ini adalah kerana pengubahan yg tidak bersifat kekal kerana rambut tersebut akan kembali menjadi kerinting setelah beberapa lama.

Pengubahan yg bersifat kekal tanpa uzur syar'ie seperti pembedahan plastik menambah kecantikkan adalah haram sama sekali.

wallahua'lam

Bersabar itu indah..


Bila kita sangat2 inginkan sesuatu..tapi kita tak dapat miliki..hanya yang mampu dilakukan adalah bersabar..sabar itu sangat indah..bagaimana kita mengawal kehendak hati, berperang dengan akal dan bertolak ansur dengan perasaan..bila kita dah dapat lepasi keinginan itu, hati akan lebih tenang..dan bila direnungkan balik..apa yg kita inginkan itu sebenarnya adalah perkara yg sia2 dan tidak membawa sebarang kebaikan pun..dan perkara yg lebih baik akan datang menyusul..


Ana cuba sedaya upaya untuk bersabar dalam segala hal..selagi mampu..biarpun kadang2 menangis kerana tak mampu menahan perasaan..itu lebih baik daripada Ana tergopoh2 utk mendapatkan sesuatu..dan akhirnya kecewa

Teringat satu kisah yg Ana baca dari sebuah buku..di mana seorang ibu sanggup bersabar merelakan anak lelaki nya pergi berjuang dan syahid..ibu tersebut membeli segala kelengkapan perang utk anaknya kerana dia terlampau inginkan bidadari menjadi menantunya..akhirnya dengan izin Allah, anaknya syahid..dan ibu tersebut tinggal berseorangan bertemankan baju2 anaknya yg syahid itu sahaja..bersabar utk mendapatkan sesuatu yg lebih berharga..itu pengajaran yg Ana dapat dari kisah tersebut..

Tapi...mampukah Ana terus bersabar..dalam semua hal..persoalan ni lah yang sering bermain di fikiran..mudah2an Allah beri kekuatan pada Ana..Amin.....

"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar"
[Al-Anfaal : 46]

Monday, May 31, 2010

Malam Pertama...

Kita selalu wat2 lupa tentang malam pertama ni..Macam Ana jugak..Ana tau malam pertama tu akan tiba juga akhirnya walau mcm mana skali pun kita cuba elakkan..Malam pertama di alam kubur tajuk buku ni la wat Ana tersedar dari alam tipu daya ni..


Kuburan adalah tempat tinggal dan kiamat adalah janjinya. Syurga atau neraka adalah tempat kembali kita nanti.

Tiada benda yang lebih pasti melainkan kematian. Tapi kenapa kita sentiasa ditipu oleh fatamorgana duniawi..Ana sentiasa tertipu..mengejar keindahan dunia sedangkan itu semua palsu semata2..tidak kekal..tidak menjamin kebahagiaan malah Ana sentiasa terluka dalam mengejar semua benda ni..

Menitis air mata bila kenangkan balik, betapa sia2nya umur selama ni..Buku ni banyak sedarkan Ana..Ana sangat2 rekomenkan pada semua baca buku ni..
"Malam Pertama di Alam Kubur oleh Dr. A'idh Al-Qarni"

Ana nak berkongsi sket apa yg Ana baca..yang Ana sendiri alami..iaitu Keras Hati

Terapi Kerasnya Hati
  1. Membaca Al-Quran dan Zikrullah
  2. Merendahkan diri dan menangis di depan Allah
  3. Menghadiri majlis ilmu yang berisi mau'idhah dan zikir
  4. Zikrul Maut (mengingati kematian)
  5. Menyaksikan sakaratul maut
  6. Ziarah kubur
Ana berdoa agar malam pertama Ana nanti, Ana berada di salah satu dari taman2 syurga dan bukannya di longkang2 neraka.. Tapi..layakkah Ana?

P/s - Ya Allah selamatkanlah saudara Islamku yg berada di Gaza..sedihnya bila Israel laknatullah senang2 membunuh sukarelawan di sana

Israel Laknatullah hari pembalasan akan tiba!