BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan




Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari
yang sebelumnya

Ana sangat sibuk sejak akhir2 ni
InsyaAllah dalam bulan puasa ni
Kurangla sket aktiviti2
3 minggu di Malaysia
Masa sangat cepat berlalu
Tak terasa
Kehidupan baru di Shah Alam
Sangat berbeza
Memenatkan tapi tetap menggembirakan
Teringat kenangan belajar di Shah Alam
2004-2007 di INTEC,UiTM

Friday, August 14, 2009

Hawa dan Hajar r.a

Dalam buku Riwayat Bidadari Syurga
Ada 2-3 peristiwa yang Ana baru tau
(Kisah Hawa dan Hajar)

Ketika perkahwinan antara Adam dan Hawa
Mahar untuk Hawa adalah..
Allah s.w.t berfirman
"Mahar Hawa ialah selawat 10 kali
ke atas NabiKu, Muhammad,
Nabi yang akan Ku bangkitkan,
permata para anbiya'
serta penghulu segala Rasul"

Ketika peristiwa Hajar dan anaknya
yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s
ke tengah padang pasir,
ada riwayat yang mengatakan
Hajar adalah wanita pertama yang
melabuhkan pakaiannya untuk melindungi
kesan tapak kakinya dari
dijejaki oleh Sarah.
Sarah telah meminta Nabi Ibrahim a.s
membawa Hajar dan anaknya
jauh dari pandangannya
kerana perasaan cemburunya.

2nd Week

Sekarang ni dalam proses amik lesen keta
Tu laa..dulu takmo amik
Semalam test berkomputer
48/50 bole laa
Driving School IMKL
Best jugak..

Pastu keluar gi settle bil Celcom
Yang tertunggak sejak 2004
Dan gi register broadband

Lunch kat Sushi King
Sangat best

Tapi semalam..ada berita yang menyedihkan
Kembalinya Ustaz Asri Rabbani
ke Rahmatullah
Sangat mengejutkan..
Walaupun hanya mendengar lagu2 je
Tapi kehilangannya tetap boleh dirasai
Moga ditempatkan bersama hamba2-Nya yg soleh
Ameen

Monday, August 10, 2009

Riwayat Bidadari Syurga

Hari Ahad lepas
Ana beli buku baru

Riwayat Bidadari Syurga
-Munif Ahmad-
-Hijjaz Record Publishing-
-RM25.90-


Himpunan kisah2 wanita
di zaman para Rasul dahulu
Antaranya
Fatima Az-Zahraa
Balqis
Zulaikha
dan banyak lagi
Tak sabar nak baca
Dah abis baca nanti Ana
wat review serba sedikit tentang mereka

Saturday, August 8, 2009

Gambar Lama

Membelek album lama
Rasa seronok je
Gembiranya jadi kanak2

Ana dan Mak


Ana dan Abah


Ana sayang Mak dan Abah!!!!!

Seminggu di Malaysia

Balik rumah..banyak juga barang yang menanti
Shawl2, buku2 dan vcd2 baru

Time kasih untuk buku2 ni :)


Kat rumah skang ni ada seekor kucing
yang dah jadi penghuni tetap
Si Kecik
Sangat la baik kucing ini
Sukenyeee


Semalam..Jumaat..Ana gi jalan2 kat KL
Saja cuci mata
Mega Sales!!
Best!!
Antara destinasi pilihan hati
Sogo, Jalan TAR, Pavillion, Sungei Wang, Lot 10, BB Plaza
Sekadar cuci mata je
Hasil tak memberangsangkan sangat

Tuesday, August 4, 2009

Perjalanan pulang

Hari Ahad bertolak dari Germany
Flight pukul 10.22 pm
Alhamdulillah takde apa2 masalah

Luggage yang diangkut balik
Total berat keseluruhan 40kg

Kereta yang kami sewa untuk ke Frankfurt Airport

Yeayy!! Dah sampai airport

Pastu kena transit kat Dubai
Lebih kurang 4 jam
Tak le best mana..Orang kata best sangat
Jalan2 ja..tak beli apa pun
Coklat ja sekotak
Tapi ada satu benda best
Hadiah untuk pertandingan apa tah
Tapi memang gempak la hadiah dia

Jeng jeng jeng
.
.
.
.
.

Sebijik Lambo!!!

Hebat2..kalau la menang..hisskkk

Sampai Malaysia lebih kurang pukul 10 malam
Flying with Emirates sangat best!!
Especially the food!!
Nasi beriyani + daging kambing
Fuhhhh!!

Keluar ja jumpa mak abah dan adik2
yang tengah menunggu
Rasa cam nak nangis pun ada
Cam tak percaya dah sampai
Masuk ja keta..mak hulur karipap
Fuhhh lagi!!
Bermula la aktiviti baru lepas ni
Jalan2 cari makan....
Heeeeeeeeeee :D