BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 28, 2011

Alhamdulillah.. akhirnya...

Apa yang dikejar2 dan dicari2 selama 4 tahun di Germany
Sekeping ijazah dalam Kejuruteraan Automotif
Dalam genggaman jugak akhirnya
Impian Ana sejak dari sekolah dah jadi kenyataan =)



Tuesday, January 18, 2011

Impian jadi kenyataan

Dalam entri lepas2 Ana penah cite tentang motor idaman Ana, Ducati Streetfighter.. akhirnya Ana dapat gak naik!!! yehaaaa.. hari tu waktu kat Brussels, sempat gak pi motorshow depa.. merasa la naik sume motor2 besaq..

Klik gambar utk tgk entri lepas


Abis suma motor2 Ana and En.Chenoq lenjan hihi


Ducati Streetfighter.. Rasa2 mcm bole bawak.. cuma kena jengket sket laa


Ana and Ducati Monster 796
(jacket riders ni Mr.Ehem2@En.Chenoq yang pilih waktu shopping dulu2)


Sonok ler tueee...


posing ikut arahan photographer hehe


dapat vespa sbijik pun ok gak... :D

Thursday, January 13, 2011

Cite kelakor (entri tertunggak)


Ade cite yg agak kelakar (sepatutnya tak kelakar).. tadi Ana call la mak abah saje nak tau update terbaru.. saja la sembang cita masak apa, buat apa.. haaa hari ni Ana wat ketam masak sambal pedas tak hengat..



pastu abah cite la 2 ke 3 hari lepas umah kami kat Selayang tu kena pecah masuk.. Alhamdulillah lah time tu mak abah dok kat umah Putrajaya so dalam cite ni tadak sapa la yg tercedera ka.. kena ikat ka.. abis je abah cite Ana tergelak2.. hadui laaa.. kesian kat sapa yg pecah masuk rumah kami tu.. sian sebab buang karan ja.. tadak apa pun dia bole amik.. hahahhaa dalam tadak apa2 tu.. sempat la jugak dia sapu duit syiling yang mak kumpul, telescope yang Ana bagi kat abah as birthday present and ape tah lagi.. abah cita lagi, dia try gak nak sebat mesin pengurut kaki, tapi disebabkan pencuri ni kurang sket kematangan dia, maka tak berjaya sebab tak muat nak bawak keluar

Tapi dalam dok gelak2 tadi geram gak la.. sebab dia pi sepah2kan bilik Ana, abis lipatan2 baju dia punggah.. hissshhh tu laaa.. nak wat keje jahat pun, wat la research dulu.. jangan pakai masuk ja.. nak rompak ka samun ka pi la umah org2 yang memang ada duit.. la ni orang tak simpan aihh duit bawah bantai.. toksah brangan la masuk rumah orang dapat duit cash.. dapat syiling bole laaaa..

nak marah lebih pun tak guna, sbb penyamun tu memang tadak akai.. kalau ada, tak masuk dah rumah org..

Hujan~

Semalam disebabkan bosan pi la jalan2.. hujan renyai2.. tapi cool je la kan, mana pakai payung.. pastu sempat la pi window shopping sume kedai yg ada sale.. sebelum pi window shopping tu sempat singgah kedai asia beli barang2 rumah.. seb bek la kan bawak duit cukup2 je utk shopping kt kedai asia tu.. kalau tak mesti Ana terbawak balik kasut la.. baju la.. sluar la.. fuhhh selamat duit~

sebelum basah lencun (selepas basah lencun tidak cun utk letak di dlm blog hehe)

Tapi bila nak balik tu... hujan jadi semakin lebat.. habis lencun! mcm terjun dalam kolam.. haaa gasak la.. redah jugak hujan tu.. bila smpai umah terus rasa nak demam..

La ni lepak je depan TV, takmo kluaq dah.. cuaca tak berapa nak ceria.. dok hujan ja.. hmmmm

ni menu Ana semalam.. daging masak kicap lada hitam


Tuesday, January 11, 2011

Menu Ana~


Yer puan2 kita bertemu lagi pada hari ni.. Hari ni saya nak ajar cara2 untuk memasak masakan yang menjadi feveret saya iaitu masak lemak labu

1. beli lah labu di pasar mengikut berat kesukaan anda
2. potong labu mengikut bentuk kegemaran dan masukkan dalam periuk serta ditambah air
3. masukkan sekali bawang merah, ikan bilis atau udang kering jika suka, garam dan santan
4. boleh juga masukkan serai yang telah dititik dan daun kunyit
5. masak ikut suka hati
6. siap!! :)

tadaaa.. siap sudah~


sambal ikan bilis


ikan bakar


ni lah keje Ana yang takde keje skang.. memasak je la.. praktis.. menu lunch hari ni, masak lemak labu, sambal ikan bilis dan ikan bakar.. serius skang ni Ana dok melangut je keje.. masak, kemas2 barang, jalan2 window shopping n petang ni plan nak pi jog

La ni dok tunggu offer Master.. ishh dapat ke idakk.. dup dap dup dap gak la rasa.. Ana tak harap sangat dapat kat sini, kalau tak dapat kat sini pun, insyaAllah Ana akan tetap sambung, di Malaysia maybe..

Sambung Master.. itu syarat dari Mr. Ehem2 =)

Ana dapat surprise dari Azli, a box of chocolates! yeaayyy! time kasih byk2!!
Ana suka sangat2!!






my first choice.. dark choc~

Sunday, January 2, 2011

Kembara Salju 2010

Kembara yang sangat mencabar jiwa dan raga tapi sangat menyeronokkan
Pengalaman kembara dengan Mr. Ehem2 memang best
Trekking on ice for about 7km tu paling tak leh lupa la!
Tak dapat nak cite panjang.. penat nak menaip :p
Enjoy the pics~


Biskut tradisional org German


Muka kesian.. kena jadi tukang masak :P


Model papan tanda.. hihihi


Kat Bernau la kami pi trekking


Dok menunggu bas


Tasik beku yang sangat cantik


Hutan belakang rumah Ana


Pemandangan di Bernau


Abis bergaya la tue...


Sekian saja.