BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, June 30, 2010

Kias yang mengubati hati..


Terpanggil utk buat entry mengenai lirik2 yang menjadi halwa telinga Ana..
Ana mengagumi M.Nasir dalam mencipta lirik2 dan menyanyikan lagu2 sufiisma..
Metafora yang digunakan membuat Ana berfikir..
Dalam mencari cinta-Nya yang satu..
Serta masalah "inferiority complex" yang Ana alami..

"Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
Di sebalik pahit getir kemenangan menanti
Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu
Bangkit membina semula satu keindahan baru.."


"Urusanku belum selesai
Selagi belumku temui sinarannya
Hendaknya dalam perjalanan ini
Kau bekalkan ku Al-Fatihah.."


A Poem for Beloved...


Is it because of your remembrance of the neighbours of Dhi-salam.

That tears mixed with blood are flowing (from your eyes).

Or is it because of the breeze blowing from Kaazimah.

Or it is the lightning struck in the darkness of the night Idam

What has happened to your eyes, (the more) you tell them to stop, the more they continue flowing.

What is the matter with your heart, (the more) you tell it to come to its senses, (the more it is distracted).

Does the lover think that his love can be concealed.

While his eyes are shedding tears and his heart is glowing.

Had it not been for the love, you would not have shed tears at the ruins (of your beloved).

Nor would you become restless at the remembrance of the cypress (tree) the high mountain.

How do you deny love after the testimony.

Borne against you by (such) reliable witnesses as your yours and your illness.

Love has ingrained two lines of fear, and withered your face.

On your cheeks like yellow rose and the reddish tree.

Yes! Thoughts of the beloved came to me at night and kept me awake.

And love transforms pleasure into pain.

O you who reproach me, regarding my love, excuse me.

From me to you if you do justice, you would not reproach me.

My state (of love) has been expressed to you, (now) my secret is no longer concealed.

From those who malign (me), nor is there (something to) check my agony.

You have sincerely advised me , I did not heed it.

For verily a lover is deaf to those who advise him.

I regarded with suspicion the advice of the elders in reproaching me.

(Wisdom) in the advice of the elders is above suspicion.


by Imam Sharafuddin Muhammad Al-Busiri

Tuesday, June 29, 2010

.......................

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakannya."

Al - Baqarah : 286



Sunday, June 27, 2010

Melodi Hidup Ana..

Blog kedua Ana..
Kisah di sebalik rangkap2 puisi dan lirik..



Di Balik Cermin Mimpi..

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Westerns vs Asians

Articel/Entry (Ana pun tatau nak panggil ape)
yang menarik yang Ana jumpa swaktu blogwalking..
tringin nak share..walaupun mungkin ada yg tak btul..
tapi kebanyakannya btul..
selepas pengamatan Ana selama 3 tahun lebih di negara barat ni..
sependapat dengan Ana??


blue : westerns
red : asians

(1) Opinion

Westerners: Talk to the point
Asians: Talk around the circle, especially if opinions are different

(2) Way of Life

Westerners: individualism, think of himself or herself.
Asians: enjoy gathering with family and friends, solving their problems, and know each other's business.

(3) Punctuality

Westerners: on time.
Asians: in time.

(4) Contacts


Westerners: Contact to related person only.
Asians: Contact everyone everywhere, business very successful.

(5) Anger

Westerners: Show that I am angry.
Asians: I am angry, but still smiling... (Beware!)

(6) Queue when Waiting

Westerners: Queuing in an orderly manner.
Asians: Queuing?! What's that?

(7) Sundays on the Road

Westerners: Enjoy weekend relaxing peacefully.
Asians: Enjoy weekend in crowded places, like going to the mall.

(8) Party

Westerners: Only gather with their own group.
Asians: All focus on the one activity that is hosted by the CEO.

(9) In the restaurant

Westerners: Talk softly and gently in the restaurant.
Asians: Talk and laugh loudly like they own the restaurant.

(10) Travelling


Westerners: Love sightseeing and enjoy the scenery.
Asians: Taking picture is the most important; scenery is just for the background.

(11) Handling of Problems

Westerners: Take any steps to solve the problems.
Asians: Try to avoid conflicts, and if can, don't leave any trail.

(12) Three meals a day

Westerners: Good meal for once a day is sufficed.
Asians: At least 3 good meals a day.

(13) Transportation

Westerners: Before drove cars, now cycling for environmental protection.
Asians: Before no money and rode a bike, now got money and drive a car

(14) Elderly in day-to-day life

Westerners: When old, there is snoopy for companionship.
Asians: When old, guarantee will not be lonely, as long as willing to babysit grandkids.

(15) Moods and Weather

Westerners: The logic is: rain is pain.
Asians: More rain, more prosperity

(16) The Boss

Westerners: The boss is part of the team.
Asians: The boss is a fierce leader.

(17) What's Trendy

Westerners: Eat healthy Asian cuisine.
Asians: Eat expensive Western cuisine.

(18) The Child

Westerners: The kid is going to be independent and make his/her own living.
Asians: Slog whole life for the kids, the centre of your life.


Tergelak sorang2 bace benda ni..tatau la kalau orang lain rasa tak kelakar..tapi Ana rasa kelakar hehe :P

Saturday, June 26, 2010

Dein kopftuch ist sehr schoen..~

Tadi Ana kua membeli barang umah sket.. Besela..hujung minggu sume barang rumah dah abis.. Tak la lama sgt..dalam 2 jam je..pastu gi makan aiskem jap.. tibe2 teringin plak.. pas abis makan.. Ana pi la kat bus stop nak tunggu bus balik rumah.. Ada 2 org macik yg dok tunggu situ jugak.. sorang macik Turki dan sorg lagi Deutsche..


Ana sengih2 je la kat dorang.. sbb tak tau nak sembang ape.. dorg dok bercerita hal anak2 dorang.. tapi tibe2.............. Ana rasa mcm tudung Ana kena tarik2! cuak sat.. tersangkut kat mana plak pikir dalam hati.. pusing2.. rupe2nye 2 orang macik ni dok belek2 tudung Ana.. laaaaaaa...

"Dein kopftuch ist sehr schoen!"
(Tudung awk sangat cantik!)

Hahaha..wat Ana suspen jee.. dorang teruja dengan batu yg ala2 berlian kt tudung ni.. siap tanya wat sendri ke.. beli kat mana..siap komen lagi pemilihan warna yg cantik dan sepadan.. kebetulan Ana pakai tudung pink..bag pack plak pink hahaha

Ok... itu je la cite nye :P

Thursday, June 24, 2010

Pembantu Rumah Ana..

Gembiranya..
Pembantu Rumah Ana Cik Robomop dah sampai..
Beli dah lama tapi baru hari ni sampai..
Pas ni.. tade la sakit2 pinggang dok membongkok lap2 habuk..
hehehe

Sebenarnya nak bagi mak benda ni..
Sure umah kt Selayang tu berabuk je kalau mak abah slalu kt Putrajaya
Jangan risau..kini ada Robomop! haha iklan sket

Tapi Ana guna dulu la yerrr... :P

Wednesday, June 23, 2010

Alhamdulillah..


Hari ni rasa sangat2 tak sihat..
Cuma demam biasa agaknya..
Alhamdulillah...
Peringatan Allah..
Tanda Dia masih sayangkan Ana..

Berborak panjang dengan seorang teman..
Tentang kisah hidup kami yg hampir serupa..
Ana doakan kami tabah hadapi ujian dari-Nya
Ana juga doakan dia sentiasa gembira dengan hidup dia sekarang

Terima kasih juga pada teman2 yg ambil berat
Walaupun cuma bertanya khabar melalui alam maya
Ana sangat2 gembira..dikurniakan oleh Allah sahabat macam ni

Matikan..

Ya Allah..
Matikan..
Matikan..
Matikan..
Perasaan yang melalaikan ini...

Ya Allah..
Keraskan hati ku pada perkara yang melekakan..

Ya Allah..
Kuatkan..
Kuatkan..
Kuatkan iman ku yang sedang menjunam ini..

Monday, June 21, 2010

Officially start...

Pruefungsplan (Jadual Exam) dah klua!! wahh berdebar2 plak rasa waktu cek tadi...mcm cek result je :P Risau takut2 ada jadual bertindih..ataupun 2 papers 1 hari ke..tapi Alhamdulillah..semua tersusun cantik..syukur sangat.. :D

Jadual Exam Ana
u/p : Abah, Mak dan sape2 je yg nak tau ; )


Waktu Malaysia

5.7.10 (10:30 malam) - French
7.7.10 (2:00 petang) - Lightweight Construction and Structure
9.7.10 (2:00 petang) - Fundamentals of Mechatronic
20.7.10 (8:00 malam) - Transmission System in Automobiles
21.7.10 (4:30 petang) - Production Measurement Technology

Ni 5 paper terakhir Ana sebelum wat Bachelor Thesis..
Harap2 semua pass..tak sanggup nak mengulang nanti..

Doakan kejayaan Ana!! : )

Menu Ana hari ni...Nasik lemak + ayam goreng..teringin btul nak makan..ajak 2 org kawan kt sini makan skali..huhu maaflah tak dapat nak ajak sume..periuk nasik kecik je :P sampai senak2 perut dorang Ana paksa makan byk2..haha sori la yer.. :P


Sunday, June 20, 2010

Ujian Allah...


Sejak 2-3 hari ni...Ana terfikir...kenapa senang sangat jalan hidup Ana sekarang ni..semua berjalan lancar..macam takde masalah langsung..bukan Ana tak bersyukur..Alhamdulillah..sape yang tak gembira bila takde masalah..tapi..kesenangan ni buat Ana rasa takut..Allah memberi ujian pada hamba2 yang disayangi-Nya..tapi Ana??


Tadi..bangun je pagi...dushhh!!! ada 2-3 berita yang wat Ana sedih.. walaupun terjadi bukan pada diri Ana, cuma pada orang2 yg rapat dengan Ana..memang Ana sangat terasa..adakah ini ujian untuk Ana juga??tapi Alhamdulillah..semua berakhir dengan berita yg agak menggembirakan menjelang malam...

Lama gak Ana berfikir pasal ni..tiba2 Ana teringat apa yg pernah Ana dengar dulu... kesenangan juga adalah ujian dari Allah.. Ana takut nikmat yg Ana dapat sume ni sebenarnya adalah istidraj dari-Nya..bagi Ana ujian kesenangan ni lebih hebat..sebab manusia selalunya akan lalai, leka, lupa pada Allah..tetapi jika kesusahan melanda..cepat je manusia ingat Tuhan dan kembali pada-Nya..

Harap2 Ana dapat lepasi ujian ni.. cuma Dia Yang Maha Mengetahui..

Kesedihan dalam kegembiraan.. maybe tu apa yang Ana rasa sekarang ni..

---------------------------------------------------------------------------------
Edited

Lepas je Ana post entry ni..Ana mula nak start study..sambil2 tu tgk la cite..tiba2 tringin nak tgk cite
"The Message"
Sirah Nabi Muhammad saw

Ya Allah...betapa teguhnya iman umat2 terdahulu...
Betapa hebatnya ujian ke atas mereka..
Malu sangat dengan diri sendiri..
Apa sangat ujian yang Ana dapat berbanding mereka semua..
Tatau mcm mana nak tebus rasa malu pada Allah..


Buku untuk diberi.. Percuma!!


Ana ada satu buku yang Ana nak sangat berkongsi dengan sesape yg nak baca.. Buku ni sangat2 menyedarkan Ana.. Buku terbaik yang pernah Ana baca.. Buku tentang alam yg bakal kita singgah sebelum alam abadi..

Sesiapa yang nak, bole contact Ana.. free! Termasuk penghantaran.. Ana cuma nak berkongsi.. Hanya untuk yang betul2 serius nak baca.. Bukan sekadar menghias rak buku di rumah..

Bole tinggalkan msg atau email Ana di
ini_kiter@hotmail.com

Jangan segan2 yer.. Dengan amik buku ni, anggaplah seperti menolong Ana : )

Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan

Friday, June 18, 2010

3 Countries in 4 Days..

Isnin sampai Khamis minggu ni Ana pergi melawat adik Ana, Asyraf kat Nice, France

Pengalaman yg sangat2 best! Ana memang suke sangat laut sbb tu Ana rasa trip ni lagi best berbanding trip Ana ke Turki.. :)

Dok sana 4 hari je..menumpang rumah senior Asyraf, Wani..terhutang budi kat Wani..seb bek la dapat tumpang rumah dia..kalau nak sewa hotel ke...iskkk..mahal sgt2!!


Tepi pantai..laut sangat biru!


1st night Ana sampai ada fireworks performance..memang kebetulan sangat2..best jugak..sempena 150 tahun Nice masuk balik dalam France, dulu Nice under Italy tapi tak dapat la nak tunjuk gambar bunga api tu..kamera cikai..so gmbar pun tak cun sgt :P


Ana n Asyraf...Dinner..spaghetti

Kat sana Ana dibawak jalan2 oleh Asyraf dan kawan dia Hakim..tapi petang je la sebab dorang ada klas..pagi tu Ana pusing sorang2..rasa2 dah boleh hafal dah jalan2 kat sana..pasni leh la Ana jadi tourist guide plak :D


Perkenalkan..ni Hakim..kawan Asyraf..French dia sangat gempak!


Study tepi laut..memang terbaek!! hehe


Asyraf bawak jalan2...


Next dinner @ Indian Restaurant..Briyani dia sangat sedap!

Hari ke 3 kami pergi ke Monaco, tapi tak sempat nak tgk Casino tu.. baru Ana tau rupe2nya Monaco adalah sebuah negara..huhu lemah btul geografi.. dan Monaco sangat2 femes dengan Casino dan track F1 dia..


Singgah sat kat Monte Carlo, Monaco

Dari Monaco, kami gerak ke Italy..dekat je..dalam 40min naik tren..ngat nak ke San Remo, tapi tak sempat so kami singgah kat Ventimiglia je utk dinner..huhuhu..memang gi sana2 semata untuk makan pizza n spaghetti sebab nak catch last train..takut tak sempat


Ventimiglia, Italy


Tunggu tren balik ke Nice

Seb bek la kami tak terlepas tren malam tu..bajet nak tido pantai je la kat Monaco..takkan nak amik hotel kan..beratus2 euro..mana mampu..tapi syukur alhamdulillah keajaiban terjadi :P
tak sangka ada tren balik ke Nice..sedangkan memang tak tulis dalam jadual pun tren tu ada :D

Bole la pergi lagi bile2..sbb dekat je sbenarnya..1 jam naik flight dari Stuttgart, tempat Ana ; )

Sunday, June 13, 2010

Kuliah Online..

Semalam dan hari ni ada kuliah2 online di medium Paltalk.. info ada di page fb Ust Zaharuddin -UZAR (kuliah kedua)

Kuliah Pertama

Semalam kuliah oleh En. Jowel tentang "Sifat Ehsan"
Yang disertai oleh pelajar2 dari UK, US, Europe, India dan Malaysia.
Antara isi2 yang Ana sempat salin :

Ciri2 org bertaqwa..kata Saidina Ali
1. rasa takut pada Allah swt
2. beramal dengan apa yg disuruh
3. beriman dengan hari Akhirat
4. redha pada Allah swt

kisah Muadz
remaja - muaz berjumpa Rasulullah saw - ingin pergi berperang- umur 9thn - tapi tak boleh - masih kecil - tinggal sahaja - muaz kata ya rasulullah berilah peluang aku berbakti pada agama -dia menangis tak dapat turut serta -mendengar tangisan itu - baginda beri pedang dan membenarkan dia pergi- pedang itu sangat besar sehingga dia terpaksa mengheret sahaja - dia berkata pada abd rahman auf- kalau jumpa abu jahal..bgtau dia..dia nak pancung - kerana abu jahal membenci rasulullah..sesape yg memusuhi rasulullah maka dia adalah musuhku..apabila abd rahman nampak abu jahal..dia bgtau muaz..muaz pergi dan pedang kaki kuda abu jahal..dan abu jahal tersungkur..abdullah ibn masood bantu dan penggal kepala abu jahal..anak abu jahal nampak dan kejar muaz..dan cuba memenggal tgn muaz..dan hampir putus..dia balut tgn dgn serban..dan teruskan peperangan..tapi ketika dia berlari kejar musuh..tgn nya terjatuh ketika mengejar musuh..akhirnya dia pijak tangan nya dan putuskannya..dia gembira kerana akhirnya dia ada sebelah tangan utk diberi pada Islam

Ana terpegun dengar cite ni..bayangkan budak umur 9thn ada semangat mcm ni...mana pegi semangat Ana...??

Slide kuliah boleh dapatkan di sini :


Kuliah Kedua
Zaharuddin.net

Zaharuddin.net ILuvWarwick bersama-sama dengan Queen's Malay Club, Belfast akan menjemput Ustaz Zaharuddin Abd Rahman untuk menyampaikan sebuah kuliah online.

Tajuknya: Apa Itu Judi & Perjudian Berlesen : Antara Haram atau Halal

Waktu:

12.30 - UK (BST +1)

13.30 - France, Germany, Czech

14.30 - Egypt & Gaza

19.30 - MALAYSIA

17.00 - New Delhi

23.30 - Sydney

24.30 - New Zealand


SILA DOWNLOAD PALTALK TERLEBIH DAHULU DI LINK INI

Today at 7:30pm (Malaysia)
Paltalk (add hypohafizuddin)


Jom pakat2 dengar!! : )

Saturday, June 12, 2010

Dilema..


Ya Allah..
Resahnya hati hamba-Mu ini..
Adakah ini ujian-Mu juga..
Tetapi jika ini adalah balasan-Mu..
Aku redha ya Allah..
Kuatkanlah imanku ya Allah..
Jangan biarkan aku tersungkur lagi..
Kepada-Mu sahaja aku berharap..

****

Qasidah Burdah (The Poem of The Scarf)


Rindunya...Tak tau nak gambarkan rasa rindu ni...
Walaupun tak pernah berjumpa..
Ya Rasulullah saw..kekasih Allah..
Kekasihku..

The reason for writing this poem

The writer HAZRAT IMAAM SAALIH SHARA-FUD-DEEN ABU ABDULIAH MUHAMMAD BIN HASAN AL-BUSAIRI R.A had become paralysed. His doctors and physicians gave up all hope of his recovery. Eventually in this state of complete helplessness and despair he composed this poem expressing the grandeur and excellence of Sayyidina
Rasuluallah Sallallhu Alayhi Wasallam. Using this as his sole means of asking Allah Ta'alaa to cure him from his illness. He isolated himself in a quiet place one Thursday night and with complete devotion, concentration and sincerity/ began reciting this poem. While reciting it sleep overcame him. He had a vision of Sayyidina. Rasuluallah Sallallhu Alayhi Wasallam. He told Sayyidina Rasuluallah Sallallhu Alayhi Wasallam of his illness whereupon Sayyidina Rasuluallah Sallallhu Alayhi Wasallam passed his blessed hand over Imam Busairi's body. Through the barakat and blessing of Sayyidina, Rasuluallah Sallallhu Alayhi Wasallam Allah Ta’alaa granted him complete cure from his paralysis. When he awoke he found a scarf or shawl on his body which he had seen Sayyidina Rasuluallah Sallallhu Alayhi Wasallam place on his paralysed limbs. This resulted in the poem being named "Qasidah Burdah" (The Poem of the Scarf).

Friday, June 11, 2010

World Cup 2010 (^_^)

Hari ni dengan rasminya bermula la demam bola.. Pasni sure melekat je depan tv.. Ana nak kate tak minat.. minat la jugak.. tapi Ana tengok World Cup je.. UEFA Champions League tu sume tak layan.. huhu seb bek la World Cup ni 4 tahun skali je.. :P

Michael Ballack
Germany Star Player :D

Feveret team.. haha mesti la Deutschland (Germany) - reason : sebab dok kat sini :P dan satu lagi Italy.. tatau la nape suke.. tapi rasa nak dorang menang :D

Semalam Ana mimpi pelik btul.. ade plak gi mimpi bola.. Ana mimpi team yang berjaya ke final.. Semalam mimpi France vs Portugal time final..betul ke tak mimpi ni kite tungguu... :P

****

Sesi Soal Jawab

Salam ust..
diberi keadaan cmni, rambut seseorang tuh kering, kusut, kerinting.. dan beruban sedikit..
soalannye, bolehkah die nk buat rawatan rambut? contohnye, rebonding dan lain2.. haram ke dok?

Tak haram rebonding atau kerinting.
Yg haram ialah perempuan yg tak menutup rambutnya didepan lelaki atau mewarnakan rambutnya.

Thursday, June 10, 2010

Vollgas!!


Lagi beberapa minggu start la exam..seram..!! ni last theory semester Ana.. Mudah2an tade paper yg sangkut.. Aminn..

Minggu depan dah la ponteng klas sminggu.. Nak pi jumpa adik.. Seb bek klas pun kebetulan banyak yg cancel.. Alhamdulillah.. So minggu ni terpaksa la study vollgas, lepak library.. at least dapat la 2-3 jam yang bermakna.. kalau dok bilik, 2-3 jam study depan laptop, bermakna.. 30 min je ngadap buku.. lain ngadap skrin laptop :P

Tak sabar plak nak pi berjalan2 minggu depan :D harap2 best la... tapi travel sorang2 ni bosan la sket.. nak menyembang ngan sape pun..

****

Waktu on the way ke bibliothek..
Sweetnye pacik n macik ni... :')

kalau la umur panjang..ada rezeki..nak camni gak la :P

****

Sesi Soal Jawab

Hukum tolak pinangan dan kahwin rahsia

assalamualaikum,
saya nk bertanya, status saya adalah bertunang dengan pasangan saya,jika pasangan saya mintak putus tunang dan saya tidak bersetuju,adakah saya masih bertunang dengan pasangan saya dan adakah haram baginya untuk bertunang dengan orang lain

soalan kedua: status saya sudah bertunang,sekiranya pasangan saya kahwin dengan orang lain tanpa pengetahuan saya, adakah sah perkahwinan meraka?????

sekian terima kasih..

Pertunangan dikira putus jika salah satu pihak memutuskannya samada pihak yg satu lagi setuju atau tidak. Setelah itu tidak haram orang lain masuk meminangnya pula.
Nikah dengan tunang orang hukumnya haram tetapi nikah tersebut adalah sah.
wallahua'lam

Source Ana : www.ustazazhar.com dan http://forum.digitalmukmin.org

Wednesday, June 9, 2010

Cemburu pada Bidadari Syurga??


"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm...nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.

"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design'
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j

****

Artikel yang Ana jumpa masa blogjogging..menarik~
Ana rasa Ana perlu cemburu pada mereka..untuk memperbaiki diri..tak kira la dari apa2 segi..