BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 30, 2010

Sekarang...

Lebih indah dari dulu...
Hari ini lebih baik dari semalam..
Esok insyaAllah akan lebih baik dari hari ini =)
Walaupun tiada apa yang pasti..
Nape mood semacam plak ni.. huhu

Lagu perasan sorang2

Ana - Fahrenheit


Ana
Kau segar dalam jiwa
Warnamu itu cahaya

Aku
Segar dalam jiwamu
Bersama menempuh liku

Tuesday, July 27, 2010

Bengang!

Tajuk tiada kena mengena dengan entri..
Tu tajuk lagu je.. Bengang by Mantera
Suka sangat! Owh terima kasih la yer..
Mana leh bengang.. sedangkan hati berbunga2 kira hari nak balik.. hehe


14 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1... mcm lama la plak lagi..

Monday, July 26, 2010

Peringatan! Malam Nisfu Syaaban..


Hari ni adalah 14 Syaaban.. jadi malam ni adalah malam Nisfu Syaaban

Umat Islam seolah-olah akan menyedari kedatangan Syaaban apabila telah sampai ke pertengahan bulan. Apabila diadakan majlis sempena Nisfu Syaaban, barulah umat Islam terjaga daripada lamunan mereka. Rupanya mereka telah berada di dalam bulan yg juga dinamakan 'Bulan Al-Qurra’' ini.

Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."
(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Selamat beramal~ =)

Saturday, July 24, 2010

Zindagi ek safar hai suhana...

Lamanya lagi rasa.. Tak sabaq2 nak balik dah ni..
Ada lagi 16 hari.. *_*
Walaupun kat Msia nanti Ana akan mati kutu mcm la ni jugak..
Tak kireee.. huhuhu

Plan2 Ana kt Msia.. Hurmm apa eh.. Haaa nak kena wat plan ni.. Ada pun keje :P
Tapi yang Ana tau.. First skali, Ana nak belajar belasah keta Asyraf.. takmo dah la bawak Ferrari Ana tu.. haha kata nak jadi automotive engineer kan.. takkan bawak manual pun tersangkut2 lagi :P

Bukan kereta Ana

La ni kat sini.. kejap panas.. kejap sejuk.. kepala pun rasa berat dah ni, tekak pun dah lain mcm.. rasa ni memang Ana dah kenal sangat.. tak lama lagi demam la tu -_-!

Rasa dunia dah terbalik.. siang malam takde beza.. breakfast jadi dinner.. supper jadi lunch
seb bek yang bezakan.. waktu solat je..

Ni pun baru terjaga.. ngatkan pukul 10 pagi.. rupanya 10 malam.. tingkap sume tertutup.. aduhaii cik Suhana awat la jadi lagu ni...

Tadi tertengok abah post lagu "Sanggam" kat fb dia.. hahahaha haa abah dah terer naaa!!
Tringat satu lagu hindustan lama ni.. sapa kaki cite hindustan dlu2.. sure tau..

Zindagi ek safar hai suhana
Life is a wonderful journey

(Agaknya nama Suhana ni dari lagu ni kottt :P hahaha)

Thursday, July 22, 2010

Sekali lagi Allah tunjukkan kekuasaan-Nya..

Astaghfirullah..
Malam Jumaat malam yang diberkati Allah
Apa yang Ana lalui Ana nak kongsi, untuk dijadikan pengajaran pada diri sendiri dan sape2 je yang membaca.. Tiada niat lain.. Hanya Allah yang tau..

Malam ni macam malam2 yg lain.. Selalunya waktu Maghrib Ana akan pasangkan ayat2 Al-Quran.. sebab Ana rasa terlampau sunyi dan kadang2 takut jugak.. Selalunya Ana akan bukak website http://www.alafasy.tv/quran/ sebab website ni akan play ayat2 Al-Quran 24 hours non stop..
Lepas solat.. at least Ana akan bace sehelai muka surat Al-Quran.. Kat sini la bagi Ana keajaiban terjadi.. Waktu tu Ana tengah baca (at the same time, ayat2 Al-Quran still Ana mainkan kat laptop dari website tu) dan Ana rasa apa yang Ana baca sama macam dengan yang website tu playkan.. ngatkan satu ayat tu je yg sama.. bila Ana baca dan ikut sekali apa yang diplaykan kat website.. memang itu adalah surah yang sama!!! Ya Allah.. time tu dah berdebar2 sangat2.. Tak sabar nak abiskan whole surah dan cari terjemahan.. Ana rasa ada maksud disebaliknya walaupun maybe orang akan anggap kebetulan je.. dalam 114 Surah dan 6000 lebih ayat dalam Al-Quran, apa yang dimainkan di website tu.. dgn apa yang Ana baca adalah sama dalam waktu dan detik yang sama!!

Lepas abis bacaan.. Ana cepat2 cari terjemahan surah dan ayat tu..
Surah tersebut adalah surah Al-Waqi'ah ayat 51-96
Antara ayat2 tu

[51]
“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
[52]
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53]
“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54]
“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55]
“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.
[56]
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
[57]
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
[58]
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
[59]
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
[60]
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

Itulah gambaran seksaan api neraka bagi mereka yang masih berdegil dan engkar..
Bagi mereka yang menidakkan hari kebangkitan
Sesungguhnya seksaan Allah itu adalah benar..
Ana tau.. itu adalah peringatan Allah bagi Ana.. yang makin leka.. makin lalai.. makin lupa..
Tatau Ana nak gambarkan mcm mana perasaan ni... Rasa terpukul sangat2!! Semoga ayat2 ni akan mengeraskan hati Ana utk mengelak segala fitnah dunia, fitnah kubur dan fitnah neraka Jahanam nanti..

Wednesday, July 21, 2010

Bermula kisah baru...

Tiba2 hari ni cam blurr je..
Bila waktu exam tu.. segala mcm benda la Ana nak buat
Dah abis ni.. ternganga je.. tatau nak wat ape.. adehhh!

Teringat kat Miss Pinky
Kalau nak tau sapa dia.. bole rujuk entri ni
Klik gambar utk lihat


Baru je bagi nama kat dia :)

Stret amik gitar tu.. bajet cam leh main terus la kan..
sekali petik, terus rasa mcm sakit hati jee.. sumbang tak ingat haha

Memang rasa2nya Ana takde bakat kot..
Sket punya payah nak dapat riff Smoke on the Water - Deep Purple tu
Padahal senang je...

Selain dok sebuk meriffing..
Ana sibuk gak nak abiskan novel Ketika Cinta Bertasbih yg dah berbulan di rak tak disentuh2

Esok plan nak wat ape plak... hurmmm~

Tuesday, July 20, 2010

Ayamku rentung....

Waktu exam tadi perut berbunyi sebab dari malam semalam tak makan
Balik2 terus rebus ayam kononnya nak wat sup ayam la..
Skali waktu tengah terleka.. berangan2.. terdengar bunyi yang Ana pernah dengar dulu
Alamak!! baru teringat Ana ada rebus ayam tadi.. sampai rentung la ayam tu.. sebab Ana terlupa!!
Seb bek la ada mamat Iran kat umah ni.. leh gak dia tolong matikan alarm tu kat siling..
Nak harapkan kami semua yang pempuan ni.. memang tak sampai tangan la.. -_-!


Haaa.. ada satu cerita yang sangat2 menyeronokkan
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah
Killer paper hari tu.. Ana dah lulus!!
Dapat 2,4 kire sederhana la.. tak la cemerlang.. tak la teruk sgt..
Tak sangka.. ngatkan atas pagar antara lulus/gagal

Tinggal esok je paper.. last!
Ganbatte!!! p(^_^)q

Sunday, July 18, 2010

Mee udang...


Baru la Ana faham...
Nape ada benda2 yang tak pernah jadi terjadi
Ada udang di sebalik mee rupanya
Masing2 dengan agenda dan strategi masing2
Niat tu baik.. tapi matlamat tak menghalalkan cara..
Nak gelak guling2 je rasa bila tau hal sebenar haha

"I know.. I know all about
your motives inside, and your decisions to hide"

lagu ni leh jadi music latar belakang tatkala membaca ayat2 kat atas.. lirik sgt kena~ huhu klik button play utk dgr.. keras sgt plak.. Trapt- Headstrong lagu waktu skolah2 dlu.. :D

Tuka topik..
Cuaca kat Germany skang ni.. panas yang amat..
Panas kat sini.. Panas lagi kat sana nanti..
Nak kuar exercise pun memang tak larat walaupun junior2 dok mengajak
Mintak mahap la yer adek2.. pas abis exam ni akak join la ehh..
Siyes berat badan turun mendadak disebabkan kepanasan.. nak makan tu rasa malas la sgt2..
Asyik dok minum je sebab dahaga.. last2 kenyang dengan air

Ok.. sambung study balik~

p/s - gambar kat atas tu hanya sekadar hiasan semata2..nampak mee plak yang disebalik udang hehe... nampak sedap... tapi tak berselera nak makan~

Pelangi hati...


"Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari
Kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat
Puas kita mencari mana hilangnya matahari
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.."

Hari ni bangun awal giler.. kul 5 dah bangun sedangkan tido kul 1..
Susah betul nak tido lama2 skang ni.. awat laa..
Ni kes lapar la kot.. semalam terlupa nak makan.. dok minum susu coklat je..
Memang kenyang la..

Hari ni kena study betul2.. selasa n rabu ada paper..
Sila study yer cik Suhana..~

Saturday, July 17, 2010

Kenapa.. kenapa... kenapa... ???


Ana dah sangat2 tak sabar nak settlekan 2 papers terakhir ni..
Walaupun tak la abis study lagi.. tapi rasa mcm dah tak sabar nak gi amik exam
Seram2 ayam tu masih ada.. tapi rasa ke'tak sabar'an untuk abis tu lebih tinggi
Kepala ni dah rasa senget semacam je.. selagi beban exam ni masih ada

3 paper yang Ana amik hari tu
Alhamdulillah.. note 1, sumtin2
Kalau kat Germany, sistem permarkahan terbalik dengan kat Msia..
kalau 4.0 kire tahap plg teruk la kat sini
Kalau kt Msia.. 4.0 tu memang hebat abis la..
So jangan la terpedaya kalau student german slalu kate senang je nak dapat 4 flat
haha.. memang senang pun.. Ana pun bole je wat.. sebelah mata pun ok :P

Ok.. tu bukan lah point utama sebenarnya
Benda yang bermain di minda Ana skrang ni
Adalah penerimaan orang tentang apa yang Ana buat..
Kenapa yer waktu Ana 'kurang beringat' dulu takde sape pun nak tegur
Semua membisu seribu bahasa
Tapi bila Ana nak ubah sket.. sket je.. tak la drastik sangat
Kalau drastik sgt.. susah nak istiqamah
Banyak plak mulut2 yang berbunyi
Tangan2 yang menaip..
Siap nak ajak berdebat dan berbahas plak tu
Perkara bukan main2.. pasal ketuhanan, aqidah..

Ape ni.. Ana baru nak belajar merangkak dorang ajak marathon
Biar betul....
Ok lah sekian sahaja luahan hati untuk hari ini..

Friday, July 16, 2010

Nikmat Bercinta

Tak pernah Ana rasa nikmat bercinta macam ni
Lain dari apa yang pernah Ana rasa dulu
Dulu penuh dengan tipu daya dan angan2

Ya Allah.. janganlah digantikan cinta ini dengan yang lain
Jika ada yang datang pun hanyalah sebagai sokongan untuk kuatkan cinta ini

Memang hati ni sentiasa rindu
Walaupun tak pernah bersua.. tak pernah melihat rupa
Tapi Ana sangat kenali

Tak kan ada yang dapat gantikan cinta Ana ni
Pada-Nya dan kekasih-Nya
Datanglah sehebat mana pun insan
Dan jika ada yang cuba mengatasi, sila beredar!
Tetapi jika ada yang sealiran, sila kuatkan lagi pegangan!


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Thursday, July 15, 2010

Umpama Mimpi dalam Mimpi~



Ana masih rasa mcm dalam alam mimpi
Walau dah bangun sejak pagi tadi
Perasaan apa ni.....

Bila perkara yang tak disangka2 muncul
Ana pun tatau apa reaksi sepatutnya

Semua urusan ni Ana letakkan pada-Nya
Sebab pilihan Ana sentiasa tak tepat
Tak nak perkara yang dielak terjadi lagi

Wednesday, July 14, 2010

Terkesima.


Peristiwa hari ni..
Memang tak pernah berlaku dalam hidup Ana..
Terkesima.
Hanya Allah yang mengetahui
yang tersirat dan tersurat
Ana takkan berpaling dari tujuan Ana sekarang ni
Hanya redha-Nya yang Ana cari dulu..

Tuesday, July 13, 2010

Bagaikan bahtera.Tanpa layar dan kemudi.


3 hari bermusafir
Banyak pengisian yang Ana dapat
Terbuka sket pandangan.. tak la tertumpu pada study je
Gembira dapat berkenalan dengan sahabat2 Msia dari negara lain
Kagum jugak dengan mereka, sanggup mengembara jauh
semata2 untuk eratkan tali persaudaraan sesama Islam

Kita terlalu sibuk dengan hal2 yang kelihatan 'besar'
Tapi benda yang remeh temeh ni dibuat2 tak nampak

Setakat bercakap2 memang senang..
Nak laksana tu susah..Tapi biasalah..
untuk dapatkan sesuatu yang baik, kena bersusah payah dulu
Semoga Allah bantu apa yang sedang diperjuangkan

Waktu2 ni memang tak sabar nak balik Msia
Suasana di Msia menggembirakan Ana
Tak sesunyi di sini tapi Ana tetap takut..
Mesti orang pelik.. nape Ana takut balik negara sendiri..
Memang Ana mengaku, bile Ana balik Msia
Ana mudah terpengaruh, terlampau banyak hiburan di Msia
Ana risau.. Ana lupa apa yang Ana cuba perjuangkan di sini
Walaupun orang tak nampak.. tapi Ana sendiri tau..
Gusar.. Resah.. Itu yang Ana fikir bila makin dekat nak pulang ke Msia
Semoga dikuatkan iman ni..
Berada di negara sendiri lebih banyak cabarannya berbanding di negara orang..

"Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama"

p/s- Alhamdulillah dah dapat 3 result dari 6 paper yg Ana amik.. keputusan yang sangat menggembirakan! tak pernah plak Ana bajet result mcm tu =D cuma result killer paper tak kuar lagi.. berdebar2.. mmg tawakal je la... -_-"

Friday, July 9, 2010

~Berehat~

Alhamdulillah killer paper tadi tak membunuh
Cuma ditetak sket2 je tapi sempat dihalang dari tercedera
Keputusannya.. tawakal je ler...

Abis je paper.. tido mengalahkan orang tak tido 3 hari
Bangun terus keluar gi beli barang rumah..
rasa macam dah lama dapur ni tak berasap
nak berasap macam mane kan.. pakai elektrik..
lain la kalau masak sampai hangit hehe

Esok Ana nak ke Reutlingen.. Sampai Isnin..
Ada urusan seri paduka baginda hahaha
Tak leh ler nak ngadap laptop ni lelame

Oh.. Blog Ana ni dapat award dari cik Amy
Mekaseh yer.. tak sangka ada gak orang nak bg

Oh.. nice ke blog Ana ni.. ke Ana yg nice?? hikhik


p/s - sesuai dengan mood bersantai..berehat2 ni.. jom layan lagu ni..

Inang Pulau Kencana

"Damai menunggumu di sana
Bersama handai taulan
Di sana Pulau Kencana"


Thursday, July 8, 2010

Memori Lama...

Ana dan Mak
Comotnye kamu waktu kecik -_-"

Hari ni nape tah teringat waktu kecik2
Seronoknye jadi budak2.. Dulu waktu kecik2 Ana ni ada satu tabiat buruk
Suka gigit orang.. ape mende tah... haha
tu yang bile besar tumbuh taring kot! ala2 Raja Bersiong plak :P

Tekanan skang ni teruk sangat.. gara2 paper esok..
Paper ni memang menyeramkan dan menggeramkan
Seram sebab tak dapat nak agak soalan apa yang bakal keluar
Geram sebab study banyak mana pun.. tetap rasa susah jugak -_-!

Wednesday, July 7, 2010

Kecewa!


Rasa macam putus cinta lak
Camne Germany leh kalah ni...
Tapi game tadi memang teruk la
Abis la.. lecturer bad mood satu sem!

Pasni sure Ana tak tengok ape2 game dah!
Bole study dengan aman.. no more vuvuzela.. no more honk..

Start study balik...~

Semifinale : Deutschland - Spanien


Ab 20:30 Uhr
Auf gehts Deutschland!!

Alhamdulillah paper Leichtbau tadi bole jawab..
Hee sonok je rasa.. bole la tengok game Doceland jap lagi ngan hati yg tenang sket =D

Tapi Jumaat ni killer subject
Mechatronik Grundlagen
waaaaa~ takutnyeee!!

Tuesday, July 6, 2010

Next....Leichtbau!


Esok 2nd paper
Leichtbau und Strukturen
(Lightweight Construction and Structure)

Harap2 senang.. sebab lecturer cakap 70% soalan klua dari soalan2 yg dia dah bagi..
Total ada dekat 80 soalan -_-!
Sekarang ni memang tengah menghafal je la..
Kena jaga mata ni.. takut tertengok benda2 lagha.. hilang ilmu..

Alhamdulillah.. Ana dah dapat Thema untuk Bachelorarbeit (Bachelor Thesis)
"Berechnung fuer Querpressverbindungen"
Esok ada termin ngan Lecturer.. Rasa berdebar2 lak..
Berdebar lagi dari nak amik exam sok.. -_-"

Doakan Ana yer!

Kisah Sang Puteri dan Kersani..



Kisah Sang Puteri Phoenix yang terbakar dan bangkit semula dari abu setelah kecewa.. Kisah mistik yang menarik perhatian Ana..

Puteri Burung Phoenix bertekad, mulai hari ini, ia tidak mahu lagi memikirkan tentang kekecewaannya atau apa sahaja yang menghampakan dirinya. Sebaliknya ia mahu terus terbang tinggi dan memandang ke arah mana sahaja yang boleh menggembirakan hatinya, kerana ia tahu, jika ia memilih arah yang mengecewakannya, ia akan hanya membakar dirinya sendiri!

(boleh tak Ana nak anggap Ana Sang Puteri Phoenix tu... heee =D)

Relax kan minda jap lepas penat study.. bace kisah2 rakyat, kisah2 mistik, kisah2 dongeng.. memang Ana suka sangat.. yang auta kita ketepikan.. kita ambil pengajaran yang berguna..

Satu lagi kisah yang Ana akan mula kaji.. (takle kaji pun..google je :P) iaitu mengenai batu khursani atau name glemernye kersani.. sangat popular di era kepahlawanan Melayu dulu..

"Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu"

ni gambar sape la plak Ana amik ni.. :P

Ana sebenarnya sangat teruja dengan zaman kepahlawanan Melayu dulu.. jati diri memang kuat.. semangat apatah lagi.. ilmu penuh di dada.. sanggup bergadai nyawa demi agama dan maruah.. tapi sekarang ni.. haishhh Melayu hanya ada pada nama.. perangai dah tak serupa Melayu.. terlebih barat dari barat..

Tapi kan bila Ana tengok orang bersilat rasa satu benda pelik dalam diri Ana ni.. tatau la itu rasa apa.. tiba2 cam meremang bulu roma.. rasa apakah itu? hehe.. dah lama Ana tak praktikkan buah silat cekak yg Ana penah belaja dulu.. ingat ke tak lagi agaknye yer..

Ok.. banyak plak membebel.. sambung study balik~

Sunday, July 4, 2010

Je parle un peu de fran├žais..


Je m'appelle Suhana.
Je suis etudiante et j'habite a Weingarten.
J'ai 23 ans et je suis celibataire.
J'aime faire des voyages.
J'adore l'aventure et je ne suis pas compliquee.

Entri khas untuk exam esok.. French!
Hehe.. rasa macam budak sekolah rendah je wat ayat2 macam ni :P

Nak tau nape Ana amik French..
Pertama mestilah sebab nak cukupkan credit hour nicht technische subject
Kedua sebab...... kalau adik Ana, Asyraf, kutuk Ana dalam French Ana bole tau! hahaha
Sebenarnya Ana faham jeee apa yang dorang cakap waktu Ana kat Nice tuee.. tapi saje wat blur2 hehe

Ujian Dunia..

Esok bermula ujian dunia..
Harap2 lulus kesemuanya..
Usaha sudah.. berdoa pun sudah.. tawakal jalan akhirnya..
Buat diri dan rakan2.. Selamat berjaya!!


Wahai Tuhanku..
Tiada yang senang melainkan yang telah Engkau jadikan senang,
dan kalaulah Kau datangkan kesusahan.
maka Kau senangkanlah semula wahai Tuhan sekali alam..

Wahai Pendidik Adam,
maka Kau didiklah pula kami,

Wahai Sumber Kefahaman Sulaiman,
maka Kau fahamkanlah pula kami,

Wahai Penghikmah Cerdik Pandai kepada Luqman,
maka ke atas kami Kau hikmahkanlah juga..

Ameen....

Saturday, July 3, 2010

Blues Bukan Untuk Aku


Teringat waktu zaman muda remaja.. Ana sangat2 suka cerpen Blues Untuk Aku.. Tapi bukan jalan ceritanya yang Ana fokus.. Tapi pada karakter Sahak..

Ohh... Sahak pujaan hati :P
Dulu pun Ana suka gak layan novel2 melayu ni..
Banyaknya berimaginasi.. Haishh..
Tapi sekarang ni..
Ana akan lebih berpijak pada dunia realiti..
Bukan semua itu yang Ana cari..
Memang indah hidup duniawi..
Tapi indah lagi yang hakiki..

Friday, July 2, 2010

Terpesona...

Sangat terpesona dengan bait2 indah yang tersusun rapi oleh Hamzah Fansuri
Time kasih Apokalips yang bagi idea kat Ana cari Syair Perahu
Balik Msia nanti memang Ana akan cari buku tentang Hamzah Fansuri
Kata2 yg buat Ana sangat terasa di hati
Ingin mendalami apa yang cuba disampaikan

Antara petikan syair tersebut..

"Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya."

****

Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka

dalam dok study ni... sempat la plak nak bersyair... haishhhh

Kelas terakhir...

Pagi ni bangun.. tgk2 lagi stgh jam klas start.. dah lewat! punyela kalut mandi n siap2 gi klas.. itula padahnya tido lambat.. dah la hari ni ada probe klausur (pre-exam) seb bek la dapat menjawab dgn jayanya.. hehe.. Alhamdulillah.. walaupun hanya French.. tapi agak susah utk Ana as beginner..


Hari ni adalah hari terakhir Ana gi klas.. InsyaAllah.. sebab sem ni adalah sem teori terakhir Ana.. Sem depan wat thesis je.. so takyah gi klas dah! Yeayyyy!!!!

Hari ni lunch wat menu feveret bulan ni.. sambal terung.. tatau la awat dok suka sgt makan terung sejak dua menjak ni.. ngat nak bakar ayam.. tapi housemate guna plak oven bakar makanan feveret dia.. so Ana malas nak tunggu dan tanak bercampur bakar same.. takut Ana was2 plak nak makan nnt.. baik elak benda2 syubhah ni..

Sambil potong2 bawang.. dok berangan.. tibe2.... terasa satu perasaan pelik! waaaaa sakitnya!!! gi potong jari sendiri.. seb bek luke je.. tak hilang jari ni hehe padan muke diri sendri kan.. sape suh brangan2... ape tah yg Ana brangan pun Ana tatau la.. tringat plak kisah wanita2 zaman Nabi Yusuf a.s dulu yang terpotong jari sendri sebab terpegun dengan ketampanan baginda.. kalau Ana time tu... mcm mane ehhhh..... mesti tak rasa kot sakit sebab dibius rasa khayal :P


Tak sia-sia azam Zulaikha
Bisa jadi cermin mengintai jiwa
Tak sia-sia mimpi Zulaikha
Bisa jadi lorong insan bercinta

Tension!!!!

Tensionnya hari ni! Bangun pagi dengan semangat baru tapi tiba2 baca benda tak best.. stret cari katil balik.. sambung tido..

Bangun plak sakit kepala.. sebab terlebih tido kot..

Hari ni klas plak cancel.. kecewa sebab bajet dapat soalan bocor bila gi klas terakhir..hampa~

Nak turun town gi beli barang.. terlepas bas.. lambat dalam 10 saat je!

Oh.. banyaknye mengomel dan merungut hari ni...


Astaghfirullah...

**

**

**

**

...............................fikir..............................

**

**

**

Bace benda tak best.. itu adalah peringatan dan ujian dari Allah... jangan salah langkah lagi..

Sakit kepala.. tanda Allah masih sayang...

klas cancel.. nak kena jumpa lecturer in person kot.. mana tau lg byk soalan bocor hehe :P

Terlepas bas... nak suh exercise sket la tu... asyik memerap je dalam bilik!

Itula.. Ana selalu je lupe sume yang jadi ada hikmahnya yg kite tak nampak.. Ok2 dah la yer Cik Suhana.. asyik berblogging je.. sambung study plak.. exam dah dekat sangat ni...


Sempat lagi tu snap gambar... :P
Camni la keadaan meja di musim exam..

Thursday, July 1, 2010

Biarkan...

Tidurku tidak lena
Kerana kedinginan malam di Sahara

Pabila siang membakar diri
Pohon berteduh tempat kucari

Kau datang hijab dihulurkan
Tetapi terpaksa kulepaskan

Bukan itu yang aku ingini
Jangan kau terasa hati

Biar dingin ini membekukanku
Biar panas ini membakar kulitku

Jika itu syaratnya
Untuk aku berjumpa Dia..


19 Rejab 1431
12:12am