BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 27, 2012

Orchids hunting

Pagi2 lagi dah keluar mencari orchids
Sebenarnya gi beli sebab nak jadikan hadiah 
Pilih punya pilih.. Last2 Ana beli untuk diri sendiri jugak
Ana bukannya jenis yang rajin menjaga pokok bunga
Pokok yang Ana bela dulu, mesti la yang tahan segala2nya
Tak yah siram air sangat, tak yah nak kena baja
Macam kaktus ke.. tak pun pokok ni.. 

Poisenttia

Pokok ni ada time winter je.. daun dia akan bertukar kaler dari hijau ke merah
Cantik.. dah la senang nak jaga..
Ana tinggal rumah sebulan, pun hidup lagi.. sian pokok ni huhuhu

Ana beli 2 pokok orchids
Satu purple, satu putih


Tak sure nak jadikan hadiah yang mana dan yang mana nak taruk kat umah
Tapi En. Hasben selalu pesan
"Kalau nak bagi benda kat orang, bagi benda yang paling kita suka"

Thursday, April 26, 2012

Berpantang


Ana memang pantang btul ngan japanese foods
Pantang jumpa.. mesti balun! hehe
Hari tu tercapai gak cita2 Ana nak gi makan kat satu restaurant jepun ni
"Yamayu Santatsu"
Restaurant ni, first restaurant jepun yang dibuka di Brussels
kiranya memang dah lama gila dan sangat femes
femes di kalangan orang2 jepun yang migrate kat sini
tourist jarang tau tempat ni sebabnya..
keadaan kedai dia tak fancy pun
presentation makanan pun ala kadar je
tapi bayangkan la.. 5 kali Ana pegi tak dapat masuk
sama ada penuh, kedai tiba2 tutup
(suke2 hati je dia nak tutup kedai.. "hari ni kami tak meniaga sila datang esok")
apa2 pun yang jadi, kedai ni takkan hilang customer

sebenarnya dulu Ana dah berjanji ngan diri sendiri, kali ke 5 pegi dan tak dapat masuk, Ana akan ban kedai ni selama2nya.. waktu kali ke 5 pegi tu, memang frust btul sebab tak dapat masuk.. maknanya Ana tak dapat masuk dah selama2nya.. (konon2 je la)
tapi hari tu tah nape nak sangat pegi.. ni kali ke 6.. memang teringin sangat2 nak gi makan kat situ.. memang rezeki.. dapat masuk!! seronok btul.. masuk tersengeh jee.. mesti orang lain tak paham hahaha
terpaksa memungkiri janji pada diri sendiri.. syukur Allah bagi rezeki extra kat Ana hari tu.. rezeki Ariff agaknya..


Tapi cam biasa la.. apa yang Ana order mesti la Unagi don
Nasi ngan belut
Makan rasa cam nak nangis je.. sedap!!!
walaupun 2 kali ganda mahal dari restaurant2 jepun yg lain
sampai skang bila ingat balik.. bole meleleh ayaq liuq
pas bersalin.. tak sabar nak gi sana balik pas abis pantang

Monday, April 23, 2012

Genap 9 bulan

Hari ni dah genap 9 bulan
Last Friday wat check up, Doc kata baby 2.9kg.. agak besar
Seram la gak.. Memang dah stop amik makanan yg manis
Takut baby makin membesar, ada lagi 4weeks before EDD

This Wednesday ada pelvic scan, scan untuk pastikan sama ada bole bersalin normal atau pun kena C-sec
harap2 la bole bersalin normal.. tapi walau apa2 pun caranya, yang penting, Ariff keluar dengan selamat...
Ana doakan yang itu je

***

Hari ni buat major cleaning, takut2 nanti dah tak larat
Semua baju dah dibasuh, lantai dimop, peti sejuk pun dah dibersihkan, habuk2 kat furniture pun dah dilap
Lepas ni boleh rehat dengan gembira sambil menunggu masa je = )

Ariff punya nursery pun hampir lengkap
Semua almost done..


Alhamdulillah...

Thursday, April 19, 2012

Quinny Latest Design!

Teruja! Sebab sangat cool. Rasanya kena ada satu yang ringan mcm ni plak
Quinny Buzz tu besar sangat kalau nak angkut naik metro/tram

Tapi... sampai 2 stroller.. perlu kee???
Aduhai.....

Tuesday, April 17, 2012

Feveret~

La ni ustaz feveret kami Ustaz Shahul Hamid
Orang Penang
Kata2 dia.. memang panas telinga! memang terasa!

Dok luar ni, ni je la jadi makanan rohani
Nak mendengar pun.. Kena la tuka2 sket.. kasi variety..
Macam makanan yg kita dok biasa makan jugak la
Takkan nak makan yang itu2 je..


Friday, April 13, 2012

Packing

Hari ni dan semalam, Ana sibuk pack barang2 untuk ke hospital
Rasa macam nak gi holiday plak hehe
Ada lagi lebih kurang sebulan before EDD
Tapi mana la tau kan... buatnya terawal.. naya!
Prepare apa yang patut
Alhamdulillah.. 90% done!
Siap taruk kat tepi pintu lagi beg2 tu

Ana ada buat checklist barang2 baby yg perlu ada (keperluan + kehendak)
If ada sapa2 yang nak, let me know.. sharing is caring = )




Wednesday, April 11, 2012

Arrgghhhh..!!!

Benci giler ngan habuk2 kat dalam rumah ni
Mana datang tah
Nak kata bukak tingkap or sliding door selalu.. tak pun.. (skang ni sejuk lagi)
Selang sehari mesti sapu rumah habis2an
Setiap minggu mesti mop dan lap
Habuk sini pelik sket.. putih2.. Mana datang???
Gerammmmm!!!

Skang ni takleh nak mengemop dan mengelap beria sangat
Cepat penat dan semput
Perut makin membesar, nak membongkok pun tak leh dah
Tapi sakit mata la tengok kalau rumah berhabuk ni
Rumah ni mesti dust-free
Kalau tak, mula la start bersin je
Lagi2 dah nak ada baby.. sian baby kalau dok sedut habuk je

Plan nak cari vacuum cleaner baru
Since yang dulu, macam dah semput je
En. Hasben suggest Dyson.. tengah usha2.. yang mana yang bagus
Ada dua yang menepati citarasa

Dyson Digital Slim DC35


Dyson Lightweight Ball DC24


Sunday, April 8, 2012

Cian die

En. Hasben dah 2 hari demam
Alololo.. cian cangat.. demam2 pun kena gi office sebab duty
Gute besserung!
Cepat2 la sihat.. bole kacau Ana balik ; P


Pagi semalam, waktu nak start demam.. sempat lagi breakfast kat luar
Tetibe ada lightning strike plak kat Brussels ni, sume public transport has stopped working
(sampai Isnin ni.. ni sume sebab ada pekerja metro/tram yang diattack.. union dorang kuat betul!)
Terpaksa la Ana & En. Hasben menapak balik rumah dekat 5 km.. berangin & sejuk plak tu
Balik2 terus demam.. seb baik Ana tak demam sekali kalau tak sape nak jaga En. Hasben sorang ni




Novel marathon

Lama betul nak abiskan satu novel ni
Banyak kerja lain yang nak dibuat selain baca novel
Tapi skang ni dah berazam (yo la.. banyak btul azamnya)
Try abiskan 1 novel atau apa2 buku in 1 week
Harap2 bole la kot.. Tu pun kalau novel/buku tu bagus
Last week bace novel ni


Best!!
Ada jugak movie cite ni kat youtube
Scarlett Johansson main actress tapi tak se'detail'macam dalam novel..
better baca novel je

Friday, April 6, 2012

Expat Wife

Hidup di oversea kalau tak bercampur dengan yang lain, tersangat lah membosankan
Lain keadaannya waktu belajar dengan berkahwin
Waktu belajar kat Germany dulu, kalau dok dalam bilik tak keluar sebulan pun takpe
Pergi kelas balik kelas itu je yang penting pun

Kena pandai bawak diri kat sini sebab banyak bercampur dengan macam2 golongan 
 Yang penting pesan En.Hasben, jaga percakapan.. jangan bercakap hal orang lain
InsyaAllah.. itu yang Ana selalu ingat

Dah kahwin ni, kena la biasakan diri jangan ikut cara dulu
Kat sini, Ana la antara yang paling muda
Seb baik la ada akak2 senior yang banyak jugak bagi tips2 dan segala macam petua
Terutama bab masak memasak dan waktu tengah pregnant ni

Banyak jugak aktiviti2 kat sini
Seriously belajar banyak benda, selain makan2 kehkehkeh

Cooking demo.. lepas tu.. makan..



Ada juga bazaar yang kami participate
 Makan lagi...


Pastu dinner farewell... segala macam farewell ada..
makan lagi dan lagi hahaha



Wednesday, April 4, 2012

Oh no...!!

12 kgs in 8 months!!
tolong ler jangan naik lagi..
walaupun naik 12kg waktu pregnant ni normal, tapi takmo la lebih
ada lagi sebulan before due date

***

Pas je bersalin.. berat mesti turun jadi 46kg balik
macam waktu selim melim dulu
8 bulan lepas

target 3 bulan je untuk turun.. boleh ke?
bole kot.. kalau nak pakai balik sume baju kat dalam wardrobe tu!

***

Skang ni perut membesar dengan jayanya
Harap2 Ariff pun membesar dengan sihat dan kuat
Malam2 asyik terjaga sebab sakit kat perut
Senak sebab kena tendang
Satu lagi pedih.. tatau sebab apa.. maybe sebab kulit kat perut meregang kot
Walaupun kadang2 rasa nak nangis je sebab sakit satu badan
Tapi bila pikir balik pahala waktu mengandung ni berlipat ganda
Bole la tersenyum balik = )

***

Pas dah bersalin
Mesti rindu nak tengok perut gerak2 lagi
Beralun macam ombak..
Seronok bila tau ada zuriat dalam badan kita!
En. Hasben selalu pesan kat Ariff dalam perut
"Jangan tendang kuat sangat.. nanti mama sakit"
dan selalunya.. Ariff akan stop tendang.. rasa cam magic plak~