BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 18, 2010

Tips shopping dari Ana~


Tema kite hari ni adalah shopping yer puan2..
Untuk berjimat sewaktu shopping.. jangan beli apa2 barang beli lah barang 'last season' contohnya kalau sekarang ni musim winter.. waktu ni lah kite bole beli barang2 waktu summer/spring dengan murahnya.. seperti yang bole kite lihat di gambarajah bawah.. Ana telah berjaya mendapatkan sepasang kasut (yang tatau bile Ana nak pakai) dengan sparuh harga.. di mana harga pada waktu summer tidaklah mampu untuk Ana beli dengan cash (sebab dalam wallet Ana selalunya ada 10 Euro je, tak suka ada cash byk, sume pakai debit card, kalau ada yang 'teramik' wallet Ana, memang menyesal tak sudah)

kasut yg bakal menyakitkan pinggang di hari tua.. rasa2 Ana cam pernah ada kasut ala2 gini dulu.. tah mana la Ana taruk.. lupa!


Haaaa.. Barang yang Ana beli online secara beramai2 dengan gang2 Ana di sini telah selamat sampai... heeee suke gile2!! 'Grumpy but Gorgeous' sebagai motto.. satu lagi tips dari Ana, untuk membeli barang yang luar dari Germany, contohnya UK, harga shipping agak lah mahal, jadi untuk menjimatkan lagi duit anda.. shoppinglah secara berjemaah.. di mana anda bolehlah berkongsi duit shipping tersebut

kotak ni tersadai depan pintu tanpa Ana sedari


Untuk membeli barang2 rumah pulak.. Ana selalunye membeli barang secara pukal(banyak).. walaupun barang2 tersebut sangatlah berat untuk diangkut pulang ke rumah, ada satu kelebihan iaitu Ana dapat menguruskan badan tanpa perlu penat bersenam.. lihatlah hasilnya selama 3 hari berturut2 mengangkut hasil belian, Ana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 0,5kg! satu pencapaian yang amat memberangsangkan.. huahaha

Buat masa sekarang ini sahaja tips dari Ana.. selamat bershopping!!

Friday, December 17, 2010

Hari2 Ana di sini

Bila dah lama tak ke kelas rasa dah berkarat otak ni.. skang ni Ana dalam proses mencuci otak dengan membaca buku2..tak kisah la apa2 pun..i really need something to read for my brain

So far.. 3 buku ni dalam target.. 2 books are suggested by Azli (Girls of Riyadh and By Way of Deception) satu lagi Ana beli waktu jalan2 kat Amazon.com nampak cam menarik je.. terus terbeli~ hehehe

nak start mana dulu ni...


Hari ni pi jalan2 memburu kambing (gi kedai turki beli daging di mana kedai itu tersangat la jauh dan Ana telah berfikir selama seminggu nak pegi ke tak) setelah bersetuju untuk pergi, tak sangka hari yg Ana nak kua ni la snow turun selebat2nya... hampir sume bas stuck dalam snow.. Ana kena tunggu 2 jam dalam snow sebelum sampai umah.. habis sume kaki tangan kebas.. rasa mcm dah takde jari je tadi.. tapi rasa tingin plak nak gi men salji tu.. ada sapa2 yg berminat tak nak gi men? jom ah.. best wooo... men sorg2 rasa cam loser plak :P


Ketebalan salji sehingga ke takat betis


Ok sekian lah sahaja cerita Ana untuk hari ini.. bersambung pula di lain hari..

Tuesday, December 14, 2010

Jual beli untuk hari ini


Jual:


Tatang puan, tatang cherana,
Tatang bidok Sri Rama,
Datang-lah Tuan, Datanglah nyawa,
Datang-lah dudok bersama-sama.
Diri-diri pagar Che Naik,
Galu-galu anak tangganya,
Inche terdiri mari-lah naik,
Sahya ta' tahu menyebut nama-nya,
Nak tajok, tajok-lah puan,
Remunggei batang berduri,
Nak masok, masok-lah Tuan,
Timbang-lah chukei, 'adat negri.


Beli :

Belatok lagi terbang,
Ini pula Si Burong Nuri,
Hukum dato' lagi ku timbang,
Ini kan pula chukei negri.


(Malay Magic, 1900)

Friday, December 10, 2010

Rasa nak membebel kat sini

Dah lama Ana tak ngarut2 kat blog ni.. rasanya sebab Ana bz kot.. (yekeee.. rasanya banyak je masa) nak kata bz sangat ngan thesis tu tak de ler.. tapi rasa mcm takde masa je..

Akhirnya hampir tamat sudah 4 tahun pengajian di Weingarten tercinta ni.. rasa sedih pun ada gak.. Rasa nak je gi kelas balik sambung belajar.. Dulu2 waktu kena gi klas, rasa nak ponteng lagi2 time winter.. siap kol membe tanya nak gi ke tak.. bila dua2 malas nak gi.. sambung balik tido.. huhuhu tapi bila takyah gi klas ni.. rasa cam tak best plak.. pagi2 tgk sume orang berjalan gi uni.. Ana plak bangun pagi, terus ngadap laptop je.. nak wat mcm mana, kerja yang Ana buat hanya perlukan laptop dan internet je.. 1 sem melepak je dalam bilik, jumpa lecturer plak 2 minggu skali..

Skang tengah tunggu dapat ke tak offer sambung master.. tatau la.. hati ni rasa apa.. rasa macam tak nak balik Malaysia lagi.. Tapi ikut je la.. ketentuan Dia.. Ana merancang, Allah pun merancang.. Tapi rancangan Allah adalah sebaik2nya.. Ana tak nak berharap sangat akan dapat sambung di sini dan Ana tak terlampau fikir sangat kena balik Malaysia.. Sekarang ni Ana just enjoy masa2 yang ada kat sini..

Bilik skang ni pun dah mcm tongkang pecah.. dah mula packing barang2.. penuh dengan kotak2.. waktu packing2 barang, macam2 benda la yang Ana jumpa.. kenangan2 waktu mula2 datang sini.. terjumpa balik jacket2 lama.. tak kewl langsung jacket2 itu :P tapi bila Ana taruk kat eBay, ada plak yang membeli.. hehehe tu laaa dok sini keje mengumpul baju je.. baru perasan ada yang tak penah pakai lagi.. siap ada price tag!


Harta karun Ana

Tapi Ana tak sangka 4 tahun tu rasa mcm kejap sangat.. pahit manis masam masin suma ada.. secukup rasa.. tapi hari2 terakhir Ana kat sini, Ana rasa manis tu lebih sket.. hepi je memanjang.. =) syukur pada Allah.. tak kisah la teruk macam mana apa yang Ana rasa dulu.. Semua tu berbaloi untuk apa yang Ana rasa sekarang

Awal Januari Ana submit thesis, then masa untuk pusing2 Europe! yeayyyy~ (padahal duit takdak.. hehe takpa.. biaq lapaq asalkan dapat berjalan.. bole tak gitu :P)

Cuti Xmas ni (orang len la yang cuti.. Ana tiap2 hari pun dikire cuti) nak pi jalan2 area2 sini bawak Mr.Ehem2.. Ana jadi tourist guide berbayor hehe tak sabor plak nak tunggu akhir bulan ni..

\(^_^)/

Perasan sendiri sorang2

Ana - Fahrenheit

Lagu ni Ana dah post dulu.. saja repost.. mood sentimental plak tengahari ni

Lagu ni mmg feberet Ana.. salah satu sebab ialah tajuk dia Ana hehehe (perasan lagi)
lagu ni ada mcm2 makna bagi Ana.. Lagu pertama yg Mr. Ehem2 bagi.. heeeheee
dan lagu ni siap ada yang tolong terjemahkan lirik dia lagi.. sangat2 hargai..


Komen dari Mr. Ehem2 di gambar Ana (berbunga2 hati di kala itu hihi)




Snapshot dari profile youtube Ana



Thursday, December 9, 2010

Snowy outside sunny inside


Winter is coming to town!!!
Happy sangat... pas settle je thesis ni tak sabar nak gi main ski kat Black Forest!!
Ni gambar2 waktu Ana on the way nak gi uni..

That's the name of my uni


the main building


the road taken for 4 years studying in Germany


and Mr. James Bong... welcome to Germany! waiting for u to arrive~