BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 31, 2009

Happy Birthday Abah!!

Hari ni 1 Ogos
(waktu Malaysia)
Genap Abah 52 tahun
Selamat Hari Lahir!
Ana doakan semoga Abah
dimurahkan rezeki dan
mendapat kebahagiaan dunia akhirat

Hadiah besde Abah kali ni...
~Ana balik Malaysia~

Hadiah besde Ana hari tu
Ana belum claim lagi
Heeeeeee :D

Thursday, July 30, 2009

Cuti2

Sejak 2-3 hari ni
Asyik bershopping je
Terutama coklat!!
Nak bawak balik Malaysia
Rasa2 ada kot dekat 10-15kg
Semalam Ana beli 1 perfume
Perfume yang sama dengan Kak Su
Dah lama usha..tapi tak terbeli
Kak Su beli dulu..Ana tengah pikir lagi
Sama ada nak pilih

Gucci Flora

atau

DKNY Fresh Blossom


Atau pun Escada
Last2 Ana amik yang ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sebab bau sangat best!!

'Escada Ocean Lounge'



Bau sweet sangat!!
"Sweet strawberry meringue and
delicate frozen lychee are blended
with Kakadu plum and Anjou pear nectar"

Hepinyeee ada perfume baru..heeeeee :D

Tuesday, July 28, 2009

Seharian dalam Lab Mechatronic

Ada 4 Experiment
Pasal ABS, ESP, CAN, Motorsteuerung etc
Penat sangat..
Nasib baik wat ngan Kak Su dan Ruslin
Kalau buat ngan Deutsche sure bosan!
Dalam lab ada 2 benda yang menarik perhatian Ana
Mercedes SL 600 dan motor BMW
Sonoknyeee rasa..dapat la pegang2 :P

Engine SL600

Motor BMW
.
.
.

Malam ni ada makan2
Sebab ramai dah nak balik Malaysia
Kak Su balik esok
Ana balik Ahad ni
Ngat nak wat makanan berat sket
Tapi disebabkan hari ni rasa penat sangat
So..tak jadi..
Ana wat cucuq udang je la
Nyum2..Rangup..Suke!!


Tadi pack barang sket2..saja2
Tengok baru 18kg..Nasib baik...
Ada lagi 22 kg nak disumbat \(^_^)/

Rahmat ke Istidraj


Ana bersyukur dengan kehidupan yang Ana miliki sekarang
Tapi adakah ini rahmat-Nya atau istidraj
Istidraj - pemberian nikmat oleh Allah SWT kepada manusia
yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya

Semalam presentation project
Alhamdulillah..lega..selesai jugak akhirnya
Pagi ni ada lab Mechatronic
Penatnya..macam malas sangat nak pegi
Tapi nasib baik lab ni pasal kereta
Benda yang sangat Ana suka :)

Ni la desktop Ana..
Kereta yang menjadi pujaan hati

Saturday, July 25, 2009

Seharian di Ravensburg

Petang tadi Ana dan Kak Su pergi berjalan2 cari makan di RV
Lebih kurang 10 min naik bas
Lupa plak hari ni Rutenfest
Perayaan orang Jerman
Sejarah dia Ana dah lupa
(sebenarnya tatau :P)
Seb baik kedai tak ditutup
Sempat gak la cuci mata dan poket :P

Malam plak Ana gi fun fair jap ngan kawan2 dekat sini
Best!! Teringat zaman kanak2
Naik ferris wheel, bumper car
pastu mainan ape tah..pusing2 je
sampai pening..nak muntah pun ada
tapi tetap menggembirakan!!
\(^_^)/

Pekan Weingarten pada pukul 9.30 malam

Pemandangan dari atas Ferris Wheel
(time ni Ana tengah peluk tiang..huhu..gayat!! :P)

Friday, July 24, 2009

Misi Mustahak!



Best2!!! Kelakar!!

Hadiah Spesel!

Hari ni dapat hadiah spesel dari
Kak Sya dan adik (anak Kak Sya)
Posing spesel untuk Ana
Heeee....Comelnyeee!!
Dah bertambah encem!!
Tak sabar plak nak jumpa







Oraitttt nanti Kak Ana gi yerrr... (^____^)

Thursday, July 23, 2009

Teratai


Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah

Sungguh cantik paras wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandangmu teratai bunga indah

Ku tak menyangka wahai teratai ku sayang
Badai taufan datang menghembus dirimu
Engkaupun terkulai dan merunduklah
Layu tak berseri lagi

Oh tuhan tolong lindungilah dia
Agarku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan teratai ku sayang
Berseri seperti semula

Exam dah abis!!

Alhamdulillah..abis jugak akhirnya...
Apa2 pun result..Ana redha
Ana dah berusaha..
Yang Ana boleh buat tinggal doa dan tawakal je la
Tapi tak bermakna Ana dah free
Perlu kejar deadline project Isnin ni
Report project 1 sem di'crammed'kan dalam 4 hari
Berusaha lagi!!!!



Ni saje2 nak post gambar makanan kegemaran
waktu malas dan lapar yang amat
Spaghetti ikan salmon + bayam hancur
Sedap2!!!


Wednesday, July 22, 2009

Di Hening Malam

Hari Terakhir

Meja yang bersepah untuk hari terakhir
Esok last paper
Thermodynamic
Ganbatte!! p(^_^)q

Feveret Ana ni!!
Waktu study..memang lapar
Murah rezeki hari ni
Kak Su bagi Cherry
yang sangat besar, sedap, manis
Mekacihhhhhh (^_^)

Tuesday, July 21, 2009

Menghitung Hari

Monday, July 20, 2009

Luahan hati bukan puisi

Aku..
Tidur beratap langit
Berdiri berpijak bumi
Berkelana di padang tandus
Mencari setitik ilmu
Menghilangkan haus diri

Di seberang jurang
Terlihat taman syurgawi
Titian usang gentar kulintasi
Bagai bermimpi di siang hari

Lengang..
Bukanlah sepi
Tetapi ruang menghisab diri
Menghitung hari
Agar titian itu
Dapat kuseberangi nanti..

-nukilan : ANA-


Kembara - Kiambang

Kiambang
kau kembang di pinggir kali
Ungu warnamu berseri
Walaupun baumu tak seharum mawar
Namun kau masih tetap menawan

Kiambang
Bayangmu di air tenang
Mencerminkan wajah keriangan
Walaupun hidupmu dalam kesepian
Hanya berteman cahaya rembulan

Nasibmu kiambang di pinggir kali
Sedang kau mekar menghiasi desa
Kemarau panjang pun tiba
Keringlah dikau dalam dahaga

Lingkup QM




Kita study QM sama2 lagi yer next sem!
Walaupun paper QM tadi hanya mendapat
keluhan dari semua orang
Ana tetap happy sebab sume paper
yang Ana amik sebelum ni PASS
(tak termasuk paper QM ni)
Syukur Alhamdulillah... \(^_^)/


Sunday, July 19, 2009

Berusaha!! p(^_^)q

Esok paper QM
Seramnyaaaa!!
Tak tau apa yang patut dibaca dan dihafal
Mengharapkan keajaiban berlaku esok
All the best to Ana, Kak Su and Ruslin
Amik paper sama2, kita pass pun sama2..Okay~


Ana nak berkongsi satu kuliah Ustaz Azhar Idrus
Menarik!
Tajuk dia terutamanya
Sedikit 'kontroversi' waktu Ana up kan kuliah ni kat Youtube
dan post link ni kat status YM
"Jamak Subuh"
Sampaikan ada yang bertanya Ana mazhab mana
Huhuhu
Lain kali kita tengok/dengar kasi abis dulu yer
Jangan nilai sesuatu berdasarkan luaran/tajuknya
Teringat pulak lagu SEARCH
"Isi atau kulit"
Ana prefer isi lagi dari kulit
Tapi kalau dua2 bagus..lagi best!

Saturday, July 18, 2009

Kenapakah Mengapakah

Apsal la hari ni Ana tiba2 tak boleh log in yahoo account.
Waaaa..Tensinya!

Apa yang jadi?Adakah ini hukum karma?

Nasib baik YM boleh ON! (^_^)!
Dan nasib baik jugak email tu bukanlah penting sangat.

Hari ni Ana sangat la sakit kepala.

Tidur tak ingat dunia.
Hari ni sepatutnya ada appointment dengan lecturer berkaitan project.

Tapi Ana ter'miss'.
Partner project call banyak kali pun tak sedar.

Maaf..jangan marah yerr! (^_^)
Dalam tengah sakit kepala pun Ana sempat lagi
'merembat' sehelai baju kotak2
yang menjadi trend sekarang ni.

Disebabkan baju ni pada pandangan Ana comel.
Dengan ketidakrelaan Ana terpaksa membelinya.Hehehe.

Thursday, July 16, 2009

Trouble is a friend

Lagu yang catchy.
Mula2 dengar terus suka.
Ana terjumpa kat satu blog waktu blog hopping.
Terus cari kat Youtube.
Hidup tanpa masalah kadang2 membosankan.
"Hargailah masalah2 yang ada"
Patut ke nasihat macam ni.
(^_~)v







Ada masalah dan tak tau nak tanya siapa.
Terutamanya tentang agama.
Boleh tanya Ustaz Azhar.
www.ustazazhar.com
Hidup di dunia, jangan lupa akhirat.
Masalah yang ada, kita selesaikan. Okay~


Wednesday, July 15, 2009

Semangat study

Hari ni bangun je tengok matahari dah tegak.
Ni la padahnya berjaga lewat malam sampai ke pagi hari.
Hilang separuh hari..sayangnya..
Siap2 semua lepas tu pegi study dengan kawan2 di uni.
Study Thermodynamic.
Subject yang menghantui diri Ana selama 2 sem.
Subject ni Ana asyik drop je.Takde keyakinan kot nak amik.
Tapi sem ni nak tak nak Ana kena jugak amik.Mudah2an lulus la.


Waktu study tadi, ternampak conteng2 yang Ana buat
setahun yang lalu.
Tentang harapan dan impian.
Tersengih sorang2 baca balik. (^_^)
Moga2 impian Ana ni tercapai.


Hari ni birthday kawan kat sini.
"Happy Birthday"
Ana buatkan kek batik je.
Senang dan cepat.

Satu lagi shawl dalam wish list.
Like a Paddle Pop



Bermula semula hobi memblogging

Salam
Hobi bermula kembali
Blog mula diupdate
Berjumpa 'cinta' baru
Shawl cantek berwarna warni
Habis duit borong shawl2 ni

My wish list
Dah dibeli pun sebenarnya
Macam nak berniaga plak
Takpelah sekali sekala kan
(Sedap kan hati sendiri)