BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 26, 2009

\(^_^)/

Yeaaaa!!
Dapat jugak akhirnya...
Huhuhu benda yang sangat diinginkan tu sebenarnya
Hanyalah sehelai leather jacket
Dah lama sangat nak..tapi tak terbeli...
Fikir banyak kali jugak...last2 beli la jugak
Sbb sampai termimpi2 : p

Petang tadi klua pi Sogo ngan family
Saja berjalan2..mak nak beli barang
Ngatkan KL sesak...
Tapi sume smooth je..Waktu shopping pun tak ramai
Pastu pi makan kat our official restaurant
(bagi la suggestion apa pun..last2 kami makan kt sini jugak)
PELITA KLCC

Balik umah..tiba2 bersemangat nak wat
moist choc cake
skang tengah tunggu..ada lagi sejam sebelum kek tu masak
dah kul 1 pagi...
ngantuknyeeeeeeee......



Thursday, December 24, 2009

I want it bad!

Petang ni..tak kire..nak gi dapatkan jugak benda tu!
Setelah bertanya pendapat beberapa org..benda tu sgt berbaloi
Setelah berhari2 fikir..akhirnya keputusan telah dibuat
Mintak2 ada la lagi..
Kalau xde..camne nak menghadapi kesejukan bila balik Germany
Mau nye beku waktu tunggu train nanti
Nape la tak terpikir nak bawak balik Msia satu

Apa benda tu??

Kalau dah dapat baru leh gtau.....

Tuesday, December 22, 2009

Luahan Hati Seorang Isteri

Tajuk entri ni bukannya berkaitan dengan diri Ana
Tetapi tentang Nik Amalina (NA), anak kepada TGNA
(Ini hanyalah pandangan peribadi Ana, tiada bias politik)
Pernah baca luahan hati NA?
Ana faham, penulisannya untuk membela suami dan keluarga
Tetapi terdapat unsur2 yang 'tak patut ada' dalam penulisannya
Terperanjat bila Ana baca karangan panjang NA
Lebih2 lagi NA adalah dari keluarga yang berilmu
Salah satu yang Ana ingat..kritikannya terhadap isteri kickdefella..
dan kickdefella sendiri..tidak perlu membuka aib orang
walaupun jika apa yang diperkatakan itu benar
Ana rasa itu tak perlu..sangat2 tak perlu
Kami semua tau NA berasal dari keluarga yang
mempuanyai ilmu agama yang lebih tinggi
berbanding orang kebanyakan..
Tetapi tidak perlu untuk terlampau 'mengagungkan' kelebihan itu
Kita manusia..tiada siapa yang sempurna!
Jangan disebabkan penulisan NA, hilang rasa hormat
orang ramai kepada TGNA

Ini luahan Ana..respon kepada luahan hati NA


(Ini hanya pandangan peribadi..tidak dipengaruhi dan bukan utk mempengaruhi)

Klik utk baca

Sunday, November 15, 2009

Ujian Mu

Hampir setiap kali ujian yang datang
Ana rasa Ana tewas...
Kuatkah iman ini untuk terus bertahan?
Ya Allah..hanya pada-Mu aku berharap
Teguhkanlah hatiku
Dekatkanlah diriku pada jalan-Mu

Jangan sangka diri kita hebat bila ramai yang memuji
Itu hanyalah salah satu dugaan
Sama ada kita terus leka dengan pujian tersebut
Atau kita semakin sedar..kita sedang diuji
Jika kita sedar diri sedang diuji..
Bersedialah dengan segala kemungkinan
Bangun semula jika jatuh..
Bangkit semula jika tersungkur...

Wednesday, November 4, 2009

Cinta Hakiki

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Cintakan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan Yang Esa

Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang di waktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti

Kehadiran hambaNya
Yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangNya tidak bertepi


Friday, October 9, 2009

Happy Birthday Ika


09.10
Birthday Ika yg ke-17
Akak doakan yang terbaik dalam
apa2 yang Ika buat
especially this coming SPM
All the best!!


Monday, September 28, 2009

Raya

Raya kali ni Ana rasa tak seronok macam dulu
Tatau la kenapa..tapi kemeriahan raya tak macam dulu
Seperti biasa..setiap kali raya Ana akan balik
Penang dan Kedah
Cuma yang ada sedikit kelainan
Raya kali ni ada perjumpaan ahli keluarga di Selama, Perak
Keturunan Panglima dari Mekong, Thailand
Baru Ana tau, keturunan sebelah mak
Dari Pattani
Ceritanya..Panglima dari Mekong ni ada 5 orang anak
5 bersaudara ni terpaksa lari ke Tanah Melayu disebabkan
Kekejaman terhadap orang Islam di Selatan Thai
Ana, adik2 dan sepupu Ana adalah generasi yang ke-7
Bila buat perjumpaan macam ni sekurang2nya
Dapat eratkan tali persaudaraan
Kalau jumpa tengah jalan sure tak tau yang kita
Berlanggar bahu tu sepupu
Family belah mak dan abah besar
Memang tak berapa kenal sangat
Mak 10 beradik..abah 9 kalau tak silap (huhu..leh lak terlupa)
Belah abah memang kami adik beradik tak berapa kenal..
Dah ramai yang tak de..
Tok dan Tokwan belah Abah pun kami tak sempat jumpa
Harap2 belah Abah pun ada wat gak family gathering macam ni

Ni gambar raya..Ana dan Altaf (sepupu) di Sik, Kedah

Thursday, September 10, 2009

10 Terakhir Ramadhan


Kita sekarang dah berada di fasa terakhir Ramadhan
Sedihnya..Rasa kejap je berlalu
Tak sempat nak rasa penat berpuasa macam dulu
Amal pun terasa sikit je
Semalam sempat berterawih di Masjid Shah Alam
Seronoknya dengar bacaan imam kat situ
Kalau kat Mekah macam mana la agaknya
Mesti terpegun dengar



Ana ingin mengucapkan
Selamat Mencari Lailatulqadar
Selamat Memperbanyakkan Amal Ibadah

Wednesday, September 9, 2009

Once in a lifetime


Sunday, August 23, 2009

Salam Ramadhan




Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari
yang sebelumnya

Ana sangat sibuk sejak akhir2 ni
InsyaAllah dalam bulan puasa ni
Kurangla sket aktiviti2
3 minggu di Malaysia
Masa sangat cepat berlalu
Tak terasa
Kehidupan baru di Shah Alam
Sangat berbeza
Memenatkan tapi tetap menggembirakan
Teringat kenangan belajar di Shah Alam
2004-2007 di INTEC,UiTM

Friday, August 14, 2009

Hawa dan Hajar r.a

Dalam buku Riwayat Bidadari Syurga
Ada 2-3 peristiwa yang Ana baru tau
(Kisah Hawa dan Hajar)

Ketika perkahwinan antara Adam dan Hawa
Mahar untuk Hawa adalah..
Allah s.w.t berfirman
"Mahar Hawa ialah selawat 10 kali
ke atas NabiKu, Muhammad,
Nabi yang akan Ku bangkitkan,
permata para anbiya'
serta penghulu segala Rasul"

Ketika peristiwa Hajar dan anaknya
yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s
ke tengah padang pasir,
ada riwayat yang mengatakan
Hajar adalah wanita pertama yang
melabuhkan pakaiannya untuk melindungi
kesan tapak kakinya dari
dijejaki oleh Sarah.
Sarah telah meminta Nabi Ibrahim a.s
membawa Hajar dan anaknya
jauh dari pandangannya
kerana perasaan cemburunya.

2nd Week

Sekarang ni dalam proses amik lesen keta
Tu laa..dulu takmo amik
Semalam test berkomputer
48/50 bole laa
Driving School IMKL
Best jugak..

Pastu keluar gi settle bil Celcom
Yang tertunggak sejak 2004
Dan gi register broadband

Lunch kat Sushi King
Sangat best

Tapi semalam..ada berita yang menyedihkan
Kembalinya Ustaz Asri Rabbani
ke Rahmatullah
Sangat mengejutkan..
Walaupun hanya mendengar lagu2 je
Tapi kehilangannya tetap boleh dirasai
Moga ditempatkan bersama hamba2-Nya yg soleh
Ameen

Monday, August 10, 2009

Riwayat Bidadari Syurga

Hari Ahad lepas
Ana beli buku baru

Riwayat Bidadari Syurga
-Munif Ahmad-
-Hijjaz Record Publishing-
-RM25.90-


Himpunan kisah2 wanita
di zaman para Rasul dahulu
Antaranya
Fatima Az-Zahraa
Balqis
Zulaikha
dan banyak lagi
Tak sabar nak baca
Dah abis baca nanti Ana
wat review serba sedikit tentang mereka

Saturday, August 8, 2009

Gambar Lama

Membelek album lama
Rasa seronok je
Gembiranya jadi kanak2

Ana dan Mak


Ana dan Abah


Ana sayang Mak dan Abah!!!!!

Seminggu di Malaysia

Balik rumah..banyak juga barang yang menanti
Shawl2, buku2 dan vcd2 baru

Time kasih untuk buku2 ni :)


Kat rumah skang ni ada seekor kucing
yang dah jadi penghuni tetap
Si Kecik
Sangat la baik kucing ini
Sukenyeee


Semalam..Jumaat..Ana gi jalan2 kat KL
Saja cuci mata
Mega Sales!!
Best!!
Antara destinasi pilihan hati
Sogo, Jalan TAR, Pavillion, Sungei Wang, Lot 10, BB Plaza
Sekadar cuci mata je
Hasil tak memberangsangkan sangat

Tuesday, August 4, 2009

Perjalanan pulang

Hari Ahad bertolak dari Germany
Flight pukul 10.22 pm
Alhamdulillah takde apa2 masalah

Luggage yang diangkut balik
Total berat keseluruhan 40kg

Kereta yang kami sewa untuk ke Frankfurt Airport

Yeayy!! Dah sampai airport

Pastu kena transit kat Dubai
Lebih kurang 4 jam
Tak le best mana..Orang kata best sangat
Jalan2 ja..tak beli apa pun
Coklat ja sekotak
Tapi ada satu benda best
Hadiah untuk pertandingan apa tah
Tapi memang gempak la hadiah dia

Jeng jeng jeng
.
.
.
.
.

Sebijik Lambo!!!

Hebat2..kalau la menang..hisskkk

Sampai Malaysia lebih kurang pukul 10 malam
Flying with Emirates sangat best!!
Especially the food!!
Nasi beriyani + daging kambing
Fuhhhh!!

Keluar ja jumpa mak abah dan adik2
yang tengah menunggu
Rasa cam nak nangis pun ada
Cam tak percaya dah sampai
Masuk ja keta..mak hulur karipap
Fuhhh lagi!!
Bermula la aktiviti baru lepas ni
Jalan2 cari makan....
Heeeeeeeeeee :D

Friday, July 31, 2009

Happy Birthday Abah!!

Hari ni 1 Ogos
(waktu Malaysia)
Genap Abah 52 tahun
Selamat Hari Lahir!
Ana doakan semoga Abah
dimurahkan rezeki dan
mendapat kebahagiaan dunia akhirat

Hadiah besde Abah kali ni...
~Ana balik Malaysia~

Hadiah besde Ana hari tu
Ana belum claim lagi
Heeeeeee :D

Thursday, July 30, 2009

Cuti2

Sejak 2-3 hari ni
Asyik bershopping je
Terutama coklat!!
Nak bawak balik Malaysia
Rasa2 ada kot dekat 10-15kg
Semalam Ana beli 1 perfume
Perfume yang sama dengan Kak Su
Dah lama usha..tapi tak terbeli
Kak Su beli dulu..Ana tengah pikir lagi
Sama ada nak pilih

Gucci Flora

atau

DKNY Fresh Blossom


Atau pun Escada
Last2 Ana amik yang ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sebab bau sangat best!!

'Escada Ocean Lounge'



Bau sweet sangat!!
"Sweet strawberry meringue and
delicate frozen lychee are blended
with Kakadu plum and Anjou pear nectar"

Hepinyeee ada perfume baru..heeeeee :D

Tuesday, July 28, 2009

Seharian dalam Lab Mechatronic

Ada 4 Experiment
Pasal ABS, ESP, CAN, Motorsteuerung etc
Penat sangat..
Nasib baik wat ngan Kak Su dan Ruslin
Kalau buat ngan Deutsche sure bosan!
Dalam lab ada 2 benda yang menarik perhatian Ana
Mercedes SL 600 dan motor BMW
Sonoknyeee rasa..dapat la pegang2 :P

Engine SL600

Motor BMW
.
.
.

Malam ni ada makan2
Sebab ramai dah nak balik Malaysia
Kak Su balik esok
Ana balik Ahad ni
Ngat nak wat makanan berat sket
Tapi disebabkan hari ni rasa penat sangat
So..tak jadi..
Ana wat cucuq udang je la
Nyum2..Rangup..Suke!!


Tadi pack barang sket2..saja2
Tengok baru 18kg..Nasib baik...
Ada lagi 22 kg nak disumbat \(^_^)/

Rahmat ke Istidraj


Ana bersyukur dengan kehidupan yang Ana miliki sekarang
Tapi adakah ini rahmat-Nya atau istidraj
Istidraj - pemberian nikmat oleh Allah SWT kepada manusia
yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya

Semalam presentation project
Alhamdulillah..lega..selesai jugak akhirnya
Pagi ni ada lab Mechatronic
Penatnya..macam malas sangat nak pegi
Tapi nasib baik lab ni pasal kereta
Benda yang sangat Ana suka :)

Ni la desktop Ana..
Kereta yang menjadi pujaan hati

Saturday, July 25, 2009

Seharian di Ravensburg

Petang tadi Ana dan Kak Su pergi berjalan2 cari makan di RV
Lebih kurang 10 min naik bas
Lupa plak hari ni Rutenfest
Perayaan orang Jerman
Sejarah dia Ana dah lupa
(sebenarnya tatau :P)
Seb baik kedai tak ditutup
Sempat gak la cuci mata dan poket :P

Malam plak Ana gi fun fair jap ngan kawan2 dekat sini
Best!! Teringat zaman kanak2
Naik ferris wheel, bumper car
pastu mainan ape tah..pusing2 je
sampai pening..nak muntah pun ada
tapi tetap menggembirakan!!
\(^_^)/

Pekan Weingarten pada pukul 9.30 malam

Pemandangan dari atas Ferris Wheel
(time ni Ana tengah peluk tiang..huhu..gayat!! :P)

Friday, July 24, 2009

Misi Mustahak!



Best2!!! Kelakar!!

Hadiah Spesel!

Hari ni dapat hadiah spesel dari
Kak Sya dan adik (anak Kak Sya)
Posing spesel untuk Ana
Heeee....Comelnyeee!!
Dah bertambah encem!!
Tak sabar plak nak jumpa







Oraitttt nanti Kak Ana gi yerrr... (^____^)

Thursday, July 23, 2009

Teratai


Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama aku rindukan
Wahai teratai bunga indah

Sungguh cantik paras wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
Memandangmu teratai bunga indah

Ku tak menyangka wahai teratai ku sayang
Badai taufan datang menghembus dirimu
Engkaupun terkulai dan merunduklah
Layu tak berseri lagi

Oh tuhan tolong lindungilah dia
Agarku dapat bersamanya lagi
Ku inginkan teratai ku sayang
Berseri seperti semula

Exam dah abis!!

Alhamdulillah..abis jugak akhirnya...
Apa2 pun result..Ana redha
Ana dah berusaha..
Yang Ana boleh buat tinggal doa dan tawakal je la
Tapi tak bermakna Ana dah free
Perlu kejar deadline project Isnin ni
Report project 1 sem di'crammed'kan dalam 4 hari
Berusaha lagi!!!!



Ni saje2 nak post gambar makanan kegemaran
waktu malas dan lapar yang amat
Spaghetti ikan salmon + bayam hancur
Sedap2!!!


Wednesday, July 22, 2009

Di Hening Malam

Hari Terakhir

Meja yang bersepah untuk hari terakhir
Esok last paper
Thermodynamic
Ganbatte!! p(^_^)q

Feveret Ana ni!!
Waktu study..memang lapar
Murah rezeki hari ni
Kak Su bagi Cherry
yang sangat besar, sedap, manis
Mekacihhhhhh (^_^)

Tuesday, July 21, 2009

Menghitung Hari

Monday, July 20, 2009

Luahan hati bukan puisi

Aku..
Tidur beratap langit
Berdiri berpijak bumi
Berkelana di padang tandus
Mencari setitik ilmu
Menghilangkan haus diri

Di seberang jurang
Terlihat taman syurgawi
Titian usang gentar kulintasi
Bagai bermimpi di siang hari

Lengang..
Bukanlah sepi
Tetapi ruang menghisab diri
Menghitung hari
Agar titian itu
Dapat kuseberangi nanti..

-nukilan : ANA-


Kembara - Kiambang

Kiambang
kau kembang di pinggir kali
Ungu warnamu berseri
Walaupun baumu tak seharum mawar
Namun kau masih tetap menawan

Kiambang
Bayangmu di air tenang
Mencerminkan wajah keriangan
Walaupun hidupmu dalam kesepian
Hanya berteman cahaya rembulan

Nasibmu kiambang di pinggir kali
Sedang kau mekar menghiasi desa
Kemarau panjang pun tiba
Keringlah dikau dalam dahaga

Lingkup QM




Kita study QM sama2 lagi yer next sem!
Walaupun paper QM tadi hanya mendapat
keluhan dari semua orang
Ana tetap happy sebab sume paper
yang Ana amik sebelum ni PASS
(tak termasuk paper QM ni)
Syukur Alhamdulillah... \(^_^)/


Sunday, July 19, 2009

Berusaha!! p(^_^)q

Esok paper QM
Seramnyaaaa!!
Tak tau apa yang patut dibaca dan dihafal
Mengharapkan keajaiban berlaku esok
All the best to Ana, Kak Su and Ruslin
Amik paper sama2, kita pass pun sama2..Okay~


Ana nak berkongsi satu kuliah Ustaz Azhar Idrus
Menarik!
Tajuk dia terutamanya
Sedikit 'kontroversi' waktu Ana up kan kuliah ni kat Youtube
dan post link ni kat status YM
"Jamak Subuh"
Sampaikan ada yang bertanya Ana mazhab mana
Huhuhu
Lain kali kita tengok/dengar kasi abis dulu yer
Jangan nilai sesuatu berdasarkan luaran/tajuknya
Teringat pulak lagu SEARCH
"Isi atau kulit"
Ana prefer isi lagi dari kulit
Tapi kalau dua2 bagus..lagi best!

Saturday, July 18, 2009

Kenapakah Mengapakah

Apsal la hari ni Ana tiba2 tak boleh log in yahoo account.
Waaaa..Tensinya!

Apa yang jadi?Adakah ini hukum karma?

Nasib baik YM boleh ON! (^_^)!
Dan nasib baik jugak email tu bukanlah penting sangat.

Hari ni Ana sangat la sakit kepala.

Tidur tak ingat dunia.
Hari ni sepatutnya ada appointment dengan lecturer berkaitan project.

Tapi Ana ter'miss'.
Partner project call banyak kali pun tak sedar.

Maaf..jangan marah yerr! (^_^)
Dalam tengah sakit kepala pun Ana sempat lagi
'merembat' sehelai baju kotak2
yang menjadi trend sekarang ni.

Disebabkan baju ni pada pandangan Ana comel.
Dengan ketidakrelaan Ana terpaksa membelinya.Hehehe.

Thursday, July 16, 2009

Trouble is a friend

Lagu yang catchy.
Mula2 dengar terus suka.
Ana terjumpa kat satu blog waktu blog hopping.
Terus cari kat Youtube.
Hidup tanpa masalah kadang2 membosankan.
"Hargailah masalah2 yang ada"
Patut ke nasihat macam ni.
(^_~)v







Ada masalah dan tak tau nak tanya siapa.
Terutamanya tentang agama.
Boleh tanya Ustaz Azhar.
www.ustazazhar.com
Hidup di dunia, jangan lupa akhirat.
Masalah yang ada, kita selesaikan. Okay~


Wednesday, July 15, 2009

Semangat study

Hari ni bangun je tengok matahari dah tegak.
Ni la padahnya berjaga lewat malam sampai ke pagi hari.
Hilang separuh hari..sayangnya..
Siap2 semua lepas tu pegi study dengan kawan2 di uni.
Study Thermodynamic.
Subject yang menghantui diri Ana selama 2 sem.
Subject ni Ana asyik drop je.Takde keyakinan kot nak amik.
Tapi sem ni nak tak nak Ana kena jugak amik.Mudah2an lulus la.


Waktu study tadi, ternampak conteng2 yang Ana buat
setahun yang lalu.
Tentang harapan dan impian.
Tersengih sorang2 baca balik. (^_^)
Moga2 impian Ana ni tercapai.


Hari ni birthday kawan kat sini.
"Happy Birthday"
Ana buatkan kek batik je.
Senang dan cepat.

Satu lagi shawl dalam wish list.
Like a Paddle Pop



Bermula semula hobi memblogging

Salam
Hobi bermula kembali
Blog mula diupdate
Berjumpa 'cinta' baru
Shawl cantek berwarna warni
Habis duit borong shawl2 ni

My wish list
Dah dibeli pun sebenarnya
Macam nak berniaga plak
Takpelah sekali sekala kan
(Sedap kan hati sendiri)