BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 18, 2010

Tips shopping dari Ana~


Tema kite hari ni adalah shopping yer puan2..
Untuk berjimat sewaktu shopping.. jangan beli apa2 barang beli lah barang 'last season' contohnya kalau sekarang ni musim winter.. waktu ni lah kite bole beli barang2 waktu summer/spring dengan murahnya.. seperti yang bole kite lihat di gambarajah bawah.. Ana telah berjaya mendapatkan sepasang kasut (yang tatau bile Ana nak pakai) dengan sparuh harga.. di mana harga pada waktu summer tidaklah mampu untuk Ana beli dengan cash (sebab dalam wallet Ana selalunya ada 10 Euro je, tak suka ada cash byk, sume pakai debit card, kalau ada yang 'teramik' wallet Ana, memang menyesal tak sudah)

kasut yg bakal menyakitkan pinggang di hari tua.. rasa2 Ana cam pernah ada kasut ala2 gini dulu.. tah mana la Ana taruk.. lupa!


Haaaa.. Barang yang Ana beli online secara beramai2 dengan gang2 Ana di sini telah selamat sampai... heeee suke gile2!! 'Grumpy but Gorgeous' sebagai motto.. satu lagi tips dari Ana, untuk membeli barang yang luar dari Germany, contohnya UK, harga shipping agak lah mahal, jadi untuk menjimatkan lagi duit anda.. shoppinglah secara berjemaah.. di mana anda bolehlah berkongsi duit shipping tersebut

kotak ni tersadai depan pintu tanpa Ana sedari


Untuk membeli barang2 rumah pulak.. Ana selalunye membeli barang secara pukal(banyak).. walaupun barang2 tersebut sangatlah berat untuk diangkut pulang ke rumah, ada satu kelebihan iaitu Ana dapat menguruskan badan tanpa perlu penat bersenam.. lihatlah hasilnya selama 3 hari berturut2 mengangkut hasil belian, Ana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 0,5kg! satu pencapaian yang amat memberangsangkan.. huahaha

Buat masa sekarang ini sahaja tips dari Ana.. selamat bershopping!!

1 Gossips:

MEKNA said...

serious.kasut tu sangat cantik ok..biar sakit asal bergaya.haha.;p