BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 20, 2011

Tiba jua akhirnya...

Alhamdulillah..
Barang dari ebay yang ditunggu selama ni selamat sampai dengan lengkapnya hari ni

Ana dapat sume ni dengan harga 300+ EUR
(harga sebenar 1000+ EUR) termasuk shipping.. agak berbaloi..
termasuk pelbagai accessories!
Quinny Special Edition (Designer - Vibskov) and condition dia tersangat tip top
sebab ada yang masih baru 

Tapi untuk dapat benda ni.. terpaksa mempunyai kesabaran yang tinggi ketika membidding
Lagi2 bila ada eBayer lain yang berminat





Pic dari seller


Friday, December 16, 2011

Mood musim sejuk..

Waktu belajar kat jerman dulu, bila sampai je musim sejuk Ana akan ada satu perasaan melancholy..
Bukan perasaan sedih, ekceli Ana suka perasaan tu, dengan keadaan yang sejuk, gloomy..
Sambil berselubung, minum coffee panas, makan chocolate dan study..
Satu lagi.. Ana sure akan layan lagu ni~



Lagu ni dari filem Labyrinth, filem waktu Ana kecik2 dulu.. zaman 80an
Cite dia camni, ada orang jahat ni nama dia Jareth, the Goblin King culik sorang baby
Kakak baby ni, Sarah berusaha selamatkan adik dia dan dalam usaha menyelamatkan baby ni,
Jareth falls in love with Sarah.. lebeh kureng camtu citenye.. hehe
So far Ana tanya kawan2, tade sape yang pernah tengok cite ni.. Tapi memang best tau!
dan Ana suka hero cite ni.. David Bowie!!!
Suara dia memang unik dan Ana suka fesyen dia dalam cite ni.. 
Zaman rock 80an style rambut kan ala2 terkena karan.. 
Dalam cite ni dia jadi orang jahat yang baik hati (Jareth).. itu pasal la Ana suka haha

Skang ni tengah nak mengimbau balik perasaaan waktu kat jerman dulu..
berselubung, makan coklat sambil minum susu coklat (bukan coffee sbb tak nak amik caffeine sebab pregnant), googling(tak yah study dah.. yeaaaayyy!!) dan layan lagu feveret Ana ni


Wednesday, December 14, 2011

Maghrib at 4.36pm


Ni la keadaan skang kat sini pada pukul 4.30ptg.. hujan.. gloomy.. cepat je gelap..... 

entri terkeluar sket dari tajuk di atas. nak cite pasal bunga.
Ni la bunga feveret Ana =)


Rose/Mawar 
(abaikan gubahan yang tak berapa nak lawa tu)
(abaikan juga bunga yang dah layu)

Tapi sejak pregnant ni, Ana tak suka plak bau ros
Semacam je baunya.. lagi2 bila airnya tak ditukar berminggu2 


Last2 tuka ke bunga yang tade bau.. puas hati!

Sekian.

Thursday, November 24, 2011

Checklist~

Skang tengah semangat membeli barang2 baby
sambil membuat checklist
Usha gak checklist kat internet tapi tak puas hati
Last2 buat sendiri.. list ni Ana edit sket dari apa yg Ana jumpa kat internet
Sume file tu in pdf format.. susah btul nak edit
dekat 5 pages checklist tu!
Banyak btul!!!




Ni antara checklist tu..

Barang yg diorder dari Amazon dah sampai!


Hepi sangat!
Skang tunggu barang dari Ebay plak~

Wednesday, November 16, 2011

Barang baby~

Since dah tau gender.. skang dah bole la beli barang2 baby..
Ikutkan hati dulu, sume nak beli kaler pink je tapi seb baik tak beli sebab dapat baby boy!! insyaAllah

Tengah2 usha kat amazon.co.uk untuk barang2 baby, dari survey yang Ana buat barang kat situ lagi murah nak bandingkan amazon.de or Ebay even lagi murah dari Malaysia

Banyak jugak benda rupanya nak kena beli, baik beli sket2 dari kena beli sekali harung bila dekat nak due nanti, mana nak cekau duit banyak2..

List ni Ana dapat dari Phillips Avent Amazon UK dan list ni maybe Ana akan jadikan guide walaupun tak semua barang perlu dibeli

What do I need to stock up on before the birth?

Basics:
• A baby stroller/car seat – practice putting it in and taking it out, in and out, until you can do it with your eyes shut -model yang Ana suka Quinny Buzz 3

• Moses basket – for the first few months, they’re brilliant to carry baby and ever so light
• Baby monitor
• Changing bag and a nappy bag
• Nappies
• Baby wipes
• Baby blankets
• Clothes – the basics, such as baby grows and socks. Don’t buy them all the same size, but not too big either – babies grow at unpredictable and different rates -baik beli colour unisex 

Feeding equipment - even if you intend to breastfeed, there are a few items you'll need:
• Breast pump – manual or electric – this will take the pressure off you, as well as allow your partner or a friend to feed the baby - Philips AVENT SCF310/20 Manual Breast Pump, so far sume suggestkan ana pump ni £16.45

• Bottle steriliser - Philips AVENT SCF271/51 Microwave Steriliser, pakai yang ni senang sket kot tak yah nak rebus2 botol £9.99

• Newborn bottle set - Philips AVENT SCD271/00 Newborn Bottle Starter Set £12.49
• Storage cups for expressed milk - Philips AVENT SCF610/05 VIA Feeding System £8.00

• Teats 


Baby's room and other furniture:
• Cot
• Dresser or chest of drawers – avoid buying baby sizes. You want something that your child can grow into and you won’t have to change in a year or two
• Changing table and mat
• Baby bathtub – for while they are tiny -Tippitoes Mini Bath, top rated kat amazon, ramai kate senang guna ni £11.95


• Bouncy seat – provides endless fascination for them, five minutes' peace and quiet for you

Ni je barang2 yang nak dibeli bulan ni.. yang lain2 tunggu budget bulan depan la plak




Thursday, November 10, 2011

Four months

Hari ni genap 4 bulan Ana jadi wife En.Hasben
Lagi 6 bulan, jadi mak orang pulak

Suspen...!

Our baby.. 12weeks 4days

Next week kena wat scan sekali lagi.. harap2 bole tau gender baby ni..

Lagi suspen.......!

Monday, September 5, 2011

Satu hari di hari raya..

Kali ni beraya di Brussels, dulu selalunya bila raya, sure balik Malaysia.. selama 4 tahun kat Germany penah sekali je beraya kat Weingarten

Raya kali ni bukan berdua... dah bertiga!

Kami ditemani anak angkat kami iaitu cik Yanie sempena Program Anak Angkat Syawal 


Bapak angkat, mak angkat dan anak angkat menyengih di pagi raya

****

Raya ke-4 kami pi merempit dekat Gedinne & Dinant, south Belgium, anak angkat tak dapat ikut sebab dah balik Germany.

Berbasikal dalam hutan memang best.. Part paling best bila turun bukit! yang lain kurang best





Gambar yang kat hutan tu Gedinne, yang tepi sax tu plak Dinant. Both cities sangat2 cantik. Will go there again.

Tuesday, July 26, 2011

Status changed


Tenang....
That is the most suitable word to describe my life

Hidup di samping orang yg dicintai
Seronok sangat!





Friday, July 1, 2011

Lagi seminggu...


=


+



Semoga segalanya dipermudahkan...
Ameen.....


Friday, June 17, 2011

Ten


I knew him.. 10 months ago and it's all because of this video..

Alhamdulillah...


TGIFY (Thank God I Found You)

:)

Tuesday, June 7, 2011

It's not the end..it's just the beginning

Among His proofs is that He created for you spouses from among yourselves, in order to have tranquility and contentment with each other, and He placed in your hearts love and care towards your spouses. In this, there are sufficient proofs for people who think. [Quran 30:21]




Kepada semua rakan yang mengenali Ana, Ana nak jemput hadir ke majlis perkahwinan Ana
pada 10 July 2011. Datang la yer : )



Wednesday, May 25, 2011

dup.dap.dup.dap

tak lama dah ni.. berdebar2..
setiap hari sangat2 busy

penat.. tapi bahagia.. kehkehkeh


Friday, April 29, 2011

CHIEF’s ORIGINAL BOOTCAMP- MALAYSIA



Ni la aktiviti Ana skang. Join bootcamp utk membina stamina. Skang dah sessions yg ke-3.
3 hari seminggu selama sebulan. Masa first day, rasa mcm nak patah segala tulang nak tercabut segala urat. Pakcik 60thn yg join tu pun lg kuat. Ni dah yg ke-3 ok sket. Bole maintain dah walaupun kena lari 20 pusingan padang dalam keadaan hujan lebat!
Fasi atau kitorang panggil sergeant mmg 'kejam'. Kalau sorg ahli team dtg lmbt the whole team akan kena. Kalau 2-3 org dtg lmbat.. haiyooo! Disebabkan Ana kesian kat team member Ana harap tak akan dtg lmbt utk next2 session. Sbb tu pukul 6 pagi dah gerak kua rumah.


rutin rasmi 50+ pumps

all the sergs


tapi mmg sgt enjoy join ni.. if ada yg berminat just click this


Friday, April 8, 2011

Online Shopper.

Semakin hari semakin sibuk.. Tapi alhamdulillah benda2 yang penting dah banyak settle..
Ni la life sebagai orang yang bekerja kot.. terutama di kawasan Lembah Klang.. 2 jam stuck dalam jam normal la tu.. sampai lenguh2 la kaki tekan brake.. seb bek la auto kann... rasa mcm orang tua je.. malam2 kena urut kaki.. :P

Dalam dok sibuk2 ni... Ana sempat lagi mengusha laman2 sesawang membeli belah di atas talian.. simple words usha online shopping website.. hehe usha Ed Hardy punye website.. sbb hari tu nampak sorang akak cool bawak motor besar pakai baju Ed Hardy.. perghhhhh Ana suka sgt! tapi disebabkan Ed Hardy tiada jacket yg sesuai utk riders.. stakat hoodies tu ada la.. hoodies dalam 120USD t-shirt bese pun dalam 100+USD so tak jadi la kot meneruskan pencarian dalam website tu.. kalau jatuh motor kang.. sure bercalar kulit aii.. tgh berangan nak ada motor besar sendiri neh.. heeeee :D

comeyyy...

kalau dapat suit mcm ni pun ok gak... tapi alamak.... merahnye makngahhh kehkehkehkeh


*****

Skang ni hobi baru Ana.. dok men'try' segala jenis tudung di pasaran Msia.. kadang2 ada yg Ana tgk pelik jugak.. berlilit2.. rajin bebenor dorg bersiap2 stiap hari utk pakai tudung tu.. ada yg kena dan ada yg tak kena dgn sesetengah org.. tp bila org cun pakai mmg nampak cun.. (kalau Ana pakai kaaa.. rupa mcm rumah separuh siap kang hahaha) safe way.. pakai la tudung bese2 je.. asal kan tutup la aurat tu..

hasil dari online shopping

Saturday, March 26, 2011

Alhamdulillah..


Telah melangkah setapak ke alam perkahwinan
Mr.Ehem2 is now my fiance
Semoga urusan selepas ini dipermudahkan lagi
Ameen......

Friday, March 25, 2011

Ana suka yang lama......

Yang lama.. lagi best...
Evergreen~


You can dance, you can jive, having the time of your life
Ooo.. see that girl, watch that scene, diggin' the Dancing Quee
n

Knowing me, knowing you
There is nothing we can do
Knowing me, knowing you
We just have to face it, this time we're through
Breaking up is never easy, I know but I have to go
Knowing me, knowing you
It's the best I can do

If you change your mind, I'm the first in line
Honey I´m still free
Take a chance on me
If you need me, let me know, gonna be around
If you've got no place to go, if you're feeling down
If you're all alone when the pretty birds have flown
Honey I'm still free
Take a chance on me
Gonna do my very best and it ain't no lie
If you put me to the test, if you let me try
Take a chance on me
Come on, give me a break will you
Take a chance on me

Half past twelve
And I'm watching the late show in my flat all alone
How I hate to spend the evening on my own
There's not a soul out there
No one to hear my prayer
Gimme! Gimme! Gimme! A man after midnight!
Won't somebody help me chase the shadows away
Gimme gimme gimme a man after midnight

Money, money, money
Must be funny
In the rich man's world
Money, money, money
Always sunny
In the rich man's world
Aha-ahaaa
All the things I could do
If I had a little money
It's a rich man's world

So when you're near me, darling can't you hear me
SOS
The love you gave me, nothing else can save me
SOS
When you're gone
How can I even try to go on
When you're gone
How can I even try to go on

Voulez-vous (aha!)
Take it now or leave it (aha!)
Now is all we get (aha!)
Nothing promised, no regrets
Voulez-vous (aha!)
Ain't no big decision (aha!)
You know what to do (aha!)
La question c'est voulez-vous
Voulez-vous

I wasn't jealous before we met
Now every woman I see is a potential threat
But now it isn't true
Now everything is new
And all I've learned has overturned
I beg of you
Don't go wasting your emotion
Lay all your love on me
Don't go sharing your devotion
Lay all your love on me

I've been cheated by you since I don’t know when
So I made up my mind, it must come to an end
Look at me now, will I ever learn
I don't know how but I suddenly lose control
There's a fire within my soul
Just one look and I can hear a bell ring
One more look and I forget everything.
Ooooh Ooooh,
Mamma mia, here I go again
My my, how can I resist ya
Mamma mia, does it show again
My my, just how much I've missed ya

You're so hot, teasing me
So you're blue but I can't take a chance on a chick like you
It's something I couldn't do
Well I can dance with you honey
If you think it's funny
Does your mother know that you're out
And I can chat with you baby
Flirt a little maybe
Does your mother know that you're out
Take it easy (take it easy)
Better slow down girl
That's no way to go
Does your mother know
Take it easy (take it easy)
Try to cool it girl
Take it nice and slow
Does your mother know

Agnetha, Benny, Bjoern, Ann Frid
ABBA


Wednesday, March 23, 2011

Bz nyer aii...

Dah lama tak update blog ni..
Skang Ana dah hampir 3 minggu balik Msia
Bz sesangat rasa cam tak sempat nak jenguk2 blog ni
Banyak benda yg nak diuruskan
A big event is yet to come!

Haa hari ni dah start keje kat Universiti Malaya.. yeaaayyyyy~
tapi tak permanent.. saje memenuhi masa lapang (yang tak berapa nak lapang.. heee =D)

Wednesday, February 23, 2011

Malaysia Tanah Airku

Isnin ni flight Ana.. Selalunya seronok sangat nak balik.. tapi disebabkan kali ni balik for good, rasa sedih plak.. iskkkk :'( Rasa takmo balik lagi.. waaaaaaaaaaa

tapi insyaAllah Ana akan datang balik Europe.. balik Msia kali ni.. banyak betul benda nak buat.. banyak sangat planning dalam kepala.. tak tau nak ikut yg mana dulu.. nak keje? nak sambung master? nak kahwin? hehehe

So what i'm gonna do? Ana akan dahulukan perkara yang paling penting..
"apa yang penting..?"
"kerjasama..!"
jeng jeng jeng.. kasi suspen sket.. keh keh keh

Kita tunggu dan lihat.... bersambung

****

balik Msia kang sure rindu nak makan benda2 kat sini.. banyak songeh btul la cik Ana nehh..

hari tu Mr.Ehem2 belanja makan kat Italian restaurant.. mmg sedap! Ana tak la gemar sangat pizza ni.. tapi pizza situ unik dan sangat la sedap.. bila ingat.. sure meleleh air liur...

dalam ni penuh dengan seafood and cheese!


Wednesday, February 16, 2011

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang


Sekarang ni disebabkan Ana takde keje sangat.. Maka terciptalah satu hobi baru iaitu membaca cerita dongeng rakyat.. Menarik! Boleh cerita kat anak cucu nanti hehehe


Tapi cerita ni banyak sangat versinya.. ni salah satu ...

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang merupakan 2 puteri dari Kayangan. Ayahandanya raja Kayangan telah menurunkan titah agar kedua-dua puteri tersebut turun ke bumi untuk menyelesaikan pertelingkahan dua kampung. Namun sebelum mereka turun ke bumi, ayahandanya berpesan sekiranya terjadi pertelingkahan kedua-dua puteri maka mereka akan terkena sumpahan kayangan dan tinggallah mereka di bumi. Pada asalnya kedua-dua puteri tersebut merupakan sepupu. Ketika turunnya kedua-dua puteri ke bumi. Penduduk kampung kehairanan melihat cahaya terang laksana mentari menyusuri di dua buah kampung. Kejelitaan dan sifat kewanitaan terserlah diraut wajah kedua-dua puteri.

Puteri Santubong menetap di sebuah kampung Pantai Biru dan mengajar menenun kain manakala Puteri Sejinjang di kampung Pasir Kuning mengajar mengasing sekam padi dengan aluk. Dengan kemahiran ini kedua-dua kampung tersebut menjadi aman tanpa pertelingkahan. Selama ini pertelingkahan terjadi kerana sistem pertukaran barang antara kampung tidak setara dengan barangan yang dibawa.

Kemakmuran di kedua-dua kampung tidak berkekalan. Kehadiran Putera Serapi datang berkunjung untuk melihat kehebatan dan kejelitaan kedua-dua puteri. Mengetahui Putera Serapi hendak datang mengadap kedua-dua puteri berhias-hias untuk mengadap Putera Serapi. Kedua-dua Puteri berasa sangat kagum dan tertawan dengan kekacakan Putera Serapi, yang sasa dan terserlah kewibawaannya, begitu juga Putera Serapi yang sudah terpikat dengan kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri tersebut.

Saban hari selepas pertemuan itu. Puteri Santubong dan Sejinjang bertemu hendak menyatakan hasrat hati masing-masing. Namun hasrat yang dinyatakan adalah sama iaitu, kedua-duanya mencintai Putera Serapi. Sejak itu mereka bermusuhan dan bercemburuan antara satu sama lain. Dengan kesaktian kedua-dua puteri mereka bergaduh berhari-hari tanpa henti. Sejinjang mengatakan bahawa dia lebih cantik, manakala Santubong menyatakan dia lebih jelita. Dengan marahnya Sejinjang lalu mencapai aluk, lalu di hayun di pipi Puteri Santubong yang kini kita dapat lihat lengkuk di gunung. Hanya kekuatan terakhir Santubong lalu menikam belida di kepala Sejinjang. Akhirnya kedua-dua puteri tersungkur kesakitan. Kemudian kilat sambung menyambung serta guruh berdentuman, lalu cahaya terang dari langit mengangkat kedua-dua puteri. Sumpahan kayangan terus menjadikan Puteri Santubong menjadi gunung manakala Sejinjang menjadi Pulau Kera yang berteraburan. Putera Serapi pulang kesedihan terus menghilangkan diri di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Serapi.


Oh……
Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.

Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.

Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.

Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.

Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.

Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.

Monday, February 14, 2011

Puteri Walinongsari

gambar hiasan je ni

Ni cerita feveret Ana tentang puteri zaman dulu kala... berangan nak jadi cam puteri dulu2.. hehe

Ceritera ini telah diriwayatkan berlaku di Negeri Inderapura (nama lama Pahang). Ada pun Inderapura pada zaman kemegahan Kerajaan Melayu Melaka telah diperintah oleh seorang Bendahara bernama Bendahara Paduka Raja. Ketika zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, Melaka muncul sebagai sebuah pusat penyebaran dan pengembangan syiar Islamiah yang terkenal di rantau Nusantara.

Ada pun ugama Islam itu tersebar dari Melaka ke segenap pelusuk dunia Melayu melalui peperangan dan taklukan. Namun tidak kurang juga negeri-negeri itu diIslamkan melalui perkahwinan diraja. Raja Siak misalnya telah berkahwin dengan puteri Sultan Mansor Shah yang bernama Puteri Mahadewi.

Arakiannya, pecah berita bahawa Bendahara Paduka Raja itu menaruh seorang puteri yang cantik jelita. Puteri Wanang Seri namanya. Ada pun ini selain dari mempunyai rupa paras yang terlalu rupawan, Puteri Wanang Seri juga sangat perwira, pandai bersilat gayung dan melambung senjata. Puteri Wanang Seri juga sangat dikasihi oleh Bendahara Paduka Raja sendiri sehingga Bendahara menetapkan barang siapa yang mampu menewaskan Puteri Wanang Seri dalam ilmu persilatan, orang itu akan diangkat oleh Bendahara menjadi menantunya.

Sudah ramai anak-anak muda dari kalangan rakyat jelata mahupun dari keturunan raja yang tewas dalam sayembara persilatan kepada Puteri Wanang Seri. Hingga di satu masa, Bendahara merasa masygul apabila mengenangkan puterinya yang tidak akan dapat berkahwin dengan mana-mana jejaka.

Kemasyhuran Puteri Wanang Seri ini singgah ke pendengaran Raja Melaka. Baginda berhasrat untuk menyunting Puteri Wanang Seri untuk dikahwinkan dengan anak Dato Temenggung. Anak Dato' Temenggung itu bernama Tun Putih Cahaya Pualam. Baginda kemudiannya mengutuskan utusan meminang yang diketuai oleh Hang Ishak ke Inderapura.

Setelah menerima penghadapan dan mendengar akan maksud kedatangan rombongan itu, Bendahara Paduka Raja merasakan bahawa sudah tidak guna lagi baginya beradu sayembara persilatan kerana jika diteruskan, kelak puteri baginda itu akan menjadi dara tua. Tanpa bertanya kepada Puteri Wanang Seri terlebih dahulu, Bendahara menerima maksud kedatangan rombongan itu dan pertunangan serta perkahwinan ditetapkan dalam jangka masa 4 purnama.

Ada pun Puteri Wanang Seri sewaktu menerima perkhabaran itu tiadalah dia bersuara melainkan tunduk berdiam diri sahaja. Bendahara dan sekelian menteri serta hamba rakyat kemudian sibuk mendirikan balai diraja untuk tujuan kenduri perkahwinan itu kelak. Malah rakyat jelata turut bergembira menyambut berita
bahawa Puteri Wanang Seri akan berkahwin dengan orang besar dari Melaka.

"Ampun Tuanku, sembah patik pohonkan diampun" sembah Inang Tua pada suatu hari.

"Ada apa Inang? katakanlah.." Titah baginda Bendahara Paduka Raja.

"Ampun Tuanku. Adapun kita ini kekurangan suatu barang buat hantaran ke Melaka nanti. Jika ada keizinan Tuanku, patik ingin ke Pekan untuk mendapatkan barangan itu.."

"Apa gerangan barang itu Inang?" tanya Bendahara.

"Kain Cindai Kulit Manggis. Hendak dibeli 7 bidang.." sembah Inang Tua.

"Pergilah Inang..." Bendahara memberi izin.

"Izinkan anakanda turut serta, ayahanda.." sembah Puteri Wanang Seri kepada Bendahara Paduka Raja.

"Anakanda teringin benar hendak melihat pasar dan juga suasana di Pekan itu. Izinkanlah ayahanda, kerana tidak lama lagi, tidaklah anakanda dapat melihat negeri kita lagi...

"Baiklah. Ayahanda izinkan.."

Maka berangkatlah Puteri Wanang Seri menuju ke Pekan dengan menaiki usungan diiringi oleh juak-juak dan inang pengasuh. Perjalanan menuju ke Pekan itu mengambil masa setengah hari. Apabila matahari naik ke kepala, rombongan itu berhenti di sebuah kolam yang jernih bagi melepaskan penat lelah dan dahaga.

"Inang, bawakan air untuk beta. Beta dahaga, inang" titah Puteri Wanang Seri.

"Baik, Tuanku.."

Inang kemudiannya pergi ke tepian kolam dengan membawa sebiji buyung. Suasana di kolam itu teramat cantik. Ibarat syurga dunia layaknya. Burung-burung bersiul berterbangan. Pokok-pokok merimbun menghiasi tepiannya. Permukaan airnya sangat jernih. Pendeknya terasa segar tubuh badan melihat pemandangan ciptaan tuhan itu. Inang itu tahu bahawa dia tidak harus berlama-lama di situ. Kelak dibimbangi tuan puteri jatuh murka.

Sebaik sahaja sampai di tempat peristerihat tuan puteri, inang itu terus menceritakan hal kolam yang cantik itu. Puteri Wanang Seri terus terpesona ingin melihat pemandangan kolam itu. Terus sahaja baginda berangkat ke tepian kolam itu. Benar kata inang itu. Pemandangan kolam itu sungguh cantik hingga membuatkan hati Puteri Wanang Seri merasa sangat sukacita. Baginda kemudian bersyair dan bermadah menghiburkan hati baginda sambil diselangi dengan tawa inang-inang pengiring.

Di kala itu, seorang putera kayangan yang bernama Raja Mambang Segara sedang berburu di sekitar kolam itu. Adapun Raja Mambang Segara ini adalah anak Raja Kayangan, Raja Laksamana Petir yang berdiam di kemuncak Gunung Tahan. Apakala terpandangkan rombongan itu sedang bersuka-sukaan, dan melihat pula panji kebesaran putera-puteri diraja sedang berkibar ditiup semilir waktu tengahari, tahulah baginda bahawa rombongan itu adalah rombongan Puteri Wanang Seri. Sudah banyak khabar berita yang baginda dengar tentang Puteri Wanang Seri itu. Baginda ingin melihat kecantikan Puteri Wanang Seri selain dari menguji ilmu kepandaian puteri itu.

Raja Mambang Segara kemudian menukarkan dirinya menjadi seekor burung merpati berwarna putih bersih. Lalu burung merpati itu terbang hinggap di atas ranting pokok berhampiran dengan tempat Puteri Wanang Seri sedang beristirehat. Tatkala terpandangkan merpati putih itu, Inang Tua langsung menegur.
"Eh, eh. Cantiknya burung merpati itu tuan puteri. Lihat tu.."

Puteri Wanang Seri sewaktu itu sedang membelakangi burung merpati itu. Sewaktu mendengar suara inang tua itu, hati Puteri Wanang Seri lantas berdebar-debar. Seperti ada lelaki yang sedang memandangnya. Sewaktu menoleh ke arah burung merpati itu, Puteri Wanang Seri segera menarik tudung menutupi wajah baginda.
Melihat sahaja akan burung merpati putih itu, hati baginda terus tertawan. Lantas diperintah juak-juak pengiring menangkap burung merpati itu. Anehnya burung merpati itu langsung tidak melarikan diri. Seolah merelakan dirinya ditangkap oleh juak-juak itu pula. Puteri Wanang Seri merasa amat sukacita mendapat burung yang jinak itu. Terus sahaja baginda membelai dan bermain-main dengan burung merpati itu.

"Siapakah gerangan engkau wahai burung merpati? Kenapa beta tiba-tiba jatuh kasih kepadamu. Katakanlah wahai burung.." madah baginda seolah-olah burung itu memahami kata-kata baginda.

Burung merpati itu terbang hinggap di atas jari telunjuk Puteri Wanang Seri.

"Kenapa Tuan Puteri menutup wajah Tuan Puteri?" tanya Inang Pengasuh.

"Entahlah inang. Hati beta merasa berdebar-debar melihat burung merpati ini. Beta merasa malu pula. Seperti burung merpati ini seorang lelaki layaknya..."

Mendengarkan madah Puteri Wanang Seri itu sekelian inang ketawa lucu.

"Ada-ada sahaja Tuan Puteri ini.. Inikan hanya seekor burung?" kata Inang Tua.
Setelah terlerai segala lelah yang mengikat urat saraf, tibalah masanya rombongan itu berangkat meneruskan perjalanan.

"Terbanglah engkau wahai merpati. Beta tidak dapat hendak membawa kamu bersama kerana beta tidak sampai hati hendak mengurung kamu di dalam sangkar. Kamu tentu inginkan kebebasan. Berat rasanya hati beta hendak berpisah dengan kamu. Hati beta sudah jatuh kasih padamu wahai burung. Walau bagaimanapun pulanglah engkau ke tempat asal engkau. Selamat jalan, burung..."

Ketika itu airmata hiba Puteri Wanang Seri jatuh ibarat karang yang berderaian. Burung merpati itu kemudian terbang jauh melintasi kolam itu.

Setelah rombongan itu berangkat pergi, burung merpati itu bertukar semula menjadi Raja Mambang Segara. Tahulah Raja Mambang Segara bahawa Puteri Wanang Seri itu seorang puteri yang budiman. Walaupun Puteri Wanang Seri itu sekadar memperlihatkan matanya, namun Raja Mambang Segara dapat merasakan bahawa puteri itu tersangat jelita. Hati Raja Mambang Segara sudah terpikat. Tanpa berlengah, baginda menuruti jejak rombongan itu menuju ke Pekan.

Ada pun rombongan Puteri Wanang Seri itu tiba di Pekan. Pekan merupakan sebuah kota yang sibuk dengan pasarnya. Hamba rakyat yang mendiaminya sangat ramai dengan aneka jualan dan juga permainan di dalam pasarnya. Rakyat jelata apakala mengetahui rombongan Puteri Wanang Seri mengunjungi kota itu, terus sekelian hamba memberi pelbagai hadiah buat tuan puteri dan juga Paduka Bendahara.

Raja Mambang Segara yang baru tiba di Pekan itu kemudian menukarkan dirinya menjadi seorang pemuda buruk yang berpakaian compang camping. Baginda kemudiannya mendekati usungan Puteri Wanang Seri lalu menghulurkan sebiji talam yang sangat cantik ukirannya.

"Ampun Tuanku, sembah pacal yang hina. Terimalah pemberian yang tidak seberapa dari hamba yang hina ini..."

Puteri Wanang Seri menarik tabir usungan. Dilihatnya seorang pemuda buruk sedang memegang talam yang
sangat halus buatannya. Dilihatnya pemuda itu sangat comot tetapi matanya bercahaya dan bersinar galak. Puteri Wanang Seri merasakan darahnya menyimbah naik ke muka apakala menentang sinar mata pemuda miskin itu.

"Terima kasih orang muda. Beta merasa berbesar hati menerima hadiah dari kamu.. Budi kamu beta junjung"
Setelah memperolehi Kain Cindai Kulit Manggis 7 bidang itu, rombongan itu pulang ke istana. Malamnya pula Puteri Wanang Seri tidak dapat melelapkan mata, asyik terkenangkan pemuda comot itu. Kesokan paginya, sebaik sahaja ayam berkokok dan fajar menyinsing, Puteri Wanang Seri sudah bersiap-siap berlanggir untuk menuju ke Pekan dengan ditemani oleh inang-dayang dan juga juak-juak.

Seperti hari sebelumnya itu, Puteri Wanang Seri bertemu dengan pemuda yang memakai pakaian compang camping itu lagi. Kali ini pemuda itu menghadiahkan Puteri Wanang Seri dengan sekaki payung berwarna kuning.

Hari yang ketiga, Puteri Wanang Seri turun lagi mengunjungi Pekan. Hari yang ketiga itu, pemuda itu menghadiahkan Puteri Wanang Seri dengan sekuntum Bunga Melur.

"Orang muda..." titah Puteri Wanang Seri.

"Patik, Tuanku.."

"Tahukah kamu bersilat dan bermain senjata..?" tanya tuan puteri.

"Hamba erti sedikit-sedikit, Tuanku" jawab pemuda itu.

"Mahukah kamu kalau beta mengajak kamu bersayembara di gelanggang silat?" tanya Puteri Wanang Seri lagi.
"Jika itu sudah kemahuan Tuanku, patik menurut sahaja..."

Maka hari sayembara itu ditetapkan. Sekelian hamba rakyat keluar menyaksikan pertarungan persilatan antara Puteri Wanang Seri dengan pemuda miskin yang ditemuinya di Pekan. Sebaik sahaja ditiup nafiri, Tuan Puteri Wanang Seri masuk ke gelanggang silat lengkap berpakaian kebesaran. Bertudung menutupi wajahnya sebagai tanda menjaga maruah puteri melayu. Di gelanggang persilatan, pemuda comot itu sedia menanti.
Puteri Wanang Seri sangat perwira dan tidak pernah kalah walau sekalipun sebelum sayembara itu. Baginda merasa amat pasti bahawa baginda akan memenangi pertarungan itu. Kedua-dua belah pihak saling bertukar pukulan dan buah kilas. Sesekali jurus yang dikeluarkan adalah jurus kebatinan yang memukul dari jauh. Segala pukulan yang ditujukan ke arah pemuda itu dapat dikesampingkannya dengan sempurna malah ilmu persilatan pemuda itu jauh lebih hebat daripada ilmu pertempuran Puteri Wanang Seri.

Mereka saling berasak-asak dengan pukulan yang merbahaya sehingga akhirnya pemuda itu melancarkan jurus pukulan yang sangat hebat. Puteri Wanang Seri tahu bahawa dia akan tewas dalam sayembara itu. Bagi menjaga maruah istana, baginda merasakan bahawa baginda harus memenangi sayembara itu walau dengan apa cara sekalipun. Di saat yang genting itu, Puteri Wanang Seri menarik tudung yang menutupi wajahnya lalu terlihatlah seri cahaya wajahnya yang gilang gemilang. Melihatkan kecantikan puteri itu, pemuda comot itu terus jatuh pengsan akibat gelora nafsu yang tidak tertahan.

Sebaik sahaja pemuda comot itu pengsan, hilang sementara waktu segala kesaktiannya. Pemuda comot itu tidak semena-mena bertukar semula menjadi Raja Mambang Segara, lengkap berpakaian kebesaran serta busar panahnya terletak di sisi. Melihatkan hal itu, Puteri Wanang Seri segera menitahkan agar Raja Mambang Segara yang masih tidak sedarkan diri diusung naik ke istana.

Raja Mambang Segara pengsan tidak sedarkan diri selama setengah hari. Peristiwa itu disaksikan oleh Raja Laksamana Petir dari Kemuncak Gunung Tahan melalui cermin hikmat baginda. Baginda merasa amat murka terhadap Raja Mambang Segara kerana tidak harus keturunan baginda tewas dengan kecantikan seorang manusia. Baginda kemudian menghantar utusannya untuk mengambil Raja Mambang Segara yang masih belum sedarkan diri di istana Inderapura.

Arakian, muncullah petir dan kilat sabung-menyabung di langit tinggi. Puteri Wanang Seri masih setia di sisi Raja Mambang Segara namun dilihat oleh baginda, jasad Raja Mambang Segara semakin lama semakin menipis. Baginda puteri terkejut dengan kejadian itu. Tiba-tiba menjelma kilat dari langit beserta yang letupan guruh yang memekakkan telinga membelah udara istana. Jasad Raja Mambang Segara lenyap dari pandangan. Puteri Wanang Seri terus jatuh pengsan.

Dalam tidak sedarkan diri itu, Puteri Wanang Seri bermimpi bertemu dengan seorang pendita.
"Wahai Puteri Wanang Seri. Nama anak raja itu ialah Raja Mambang Segara. Ayahandanya bernama Raja Laksamana Petir. Jika Tuan Puteri kasihkan ia, carilah ia di kemuncak Gunung Tahan. Di sanalah ayahandanya berkerajaan".

Ada pun keesokan harinya, Puteri Wanang Seri dikhabarkan lenyap dari istana. Ada yang mengatakan bahawa Puteri Wanang Seri telah berangkat ke Kemuncak Gunung Tahan mencari kekasih hati baginda. Kadang-kadang Puteri Wanang Seri dilihat muncul di Inderapura bersama dua orang pengiring perempuan. Seorang sedang memayungi Puteri Wanang Seri dengan payung berwarna kuning manakala seorang lagi pengiring baginda menaburi langkah Puteri Wanang Seri dengan bunga-bunga yang diisi di dalam talam berukiran indah. Nama Puteri Wanang Seri kemudiannya lebih dikenali ke hari ini sebagai Puteri Walinong Sari. Wallahua'lam.

Walinongsari

Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Datangnya dari puncak gunung Tahan
Puncak gunung Ledang, gununglah Banang
Turunlah bermain di taman sayang
Memetik bunga-bunga, menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Walinong la yang sari
Puteri yang cantik
Pandai menyabung pandai
Bersilat gayung, pandai melambung lembing
Pandai melambung
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datanglah mari
Datang membawa talam
Datanglah mari
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa turun
Membawa payung
Payung berwarna kuning
Membawa payung
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Datang membawa talam
Talam dari kayangan
Membawa talam
Walinong la yang sari
Puteri bestari
Puteri yang cantik dari gunung Banang
Dari gunung Tahan, gununglah Ledang
Turunlah hai tuan
Turun segera
Memetik bunga-bunga
Menyusun bunga-bunga
Di dalam taman
Puteri yang cantik
Hai... dari kayangan