BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 29, 2010

Aku suka dia...

Aku suka sangat tengok jari-jemari girlfriend aku, cantik betul.sungguh!sampai aku takut nak pegang bukan takut jari-jemarinya patah,tapi takut nanti jari-jemari kitorang tak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Dia!

Aku suka sangat tengok rambut dia.cantik betul.. sungguh!sebab itu aku belikan dia tudung.bukan sebab cemburu orang lain tengok,tak gentle la beb!
tapi sebab aku mahu rambutnya sentiasa ditutup cam dalam iklan sunsilk tu sampai bila-bila..takut nanti dibakar dek neraka Jahannam

Aku suka sangat tengok body girlfriend aku..solid molid.sungguh!sebab itu aku belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan Kekasih dia Yang Utama,dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.aku pun leh tumpang dapat pahala..best tu!

Aku sedih sangat tengok girlfriend aku tak tidur, tak makan sebab rindukan aku.aku pun camtu gak.dia ada tanya"apa ubatnye bang?"aku pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa..semoga dia cintakan-Nya lebih daripada aku

Aku sedih tengok dia selalu pesan macam-macam;"makan,minum,jaga diri,pandu kereta elok-elok..nanti awak sakit,saya gak yang susah ati..bla bla bla bla."tapi bila tengok wayang sama-sama,terlepas Asr dan Maghrib camtu je,dia tak kata ape pun.aduuuhhh...berdosanya aku!

Aku memang sayang sangat pada dia.aku mahu jumpa dia,bersama dia,cinta secinta-cintanya.cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat,ber'dating' di Jannah, kerana di situlah tempat yang kekal selama lamanya

Doakan kami saling ingat-mengingati,insaf-menginsafi.Ya Allah, ampunkanlah kami,semoga kami dapat kekal bersama selamanya,di Jannah Mu nanti..amin....


******

ni saje Ana repost kat sini dari note kat Facebook..ermmm..menarik~ harap jumpa sama sifat seperti di atas :D