BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 5, 2010

Madah Terakhir

Jika terdengar suara azan
Bergema sayup menjelang pagi
Dalam irama ku kirim pesan
Sebagai tanda aku dah pergi

Jangan ditanya sebab kerana
Mengapa aku pergi menghindar
Dari kau dekat tapi merana
Elok ku jauh tinggal mendengar

Biarlah aku pergi dahulu
Tidak tertahan lagi derita
Semoga yang tinggal senyum selalu
Yang pergi hilang lenyap berita

Bila kelak daku terkenang
Ku tatap bintang di malam kelam
Bila tak sanggup daku berenang
Ku relakan diri hanyut tenggelam

***

lagu dari El-Suraya..abah suka sangat lagu2 dari El-Suraya..
Ana pun dah terikut suka..
Sebab Ana membesar dengan lagu2 ni..
Seronok sangat ingat kenangan dulu..waktu kanak2..


0 Gossips: