BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 22, 2010

Sekali lagi Allah tunjukkan kekuasaan-Nya..

Astaghfirullah..
Malam Jumaat malam yang diberkati Allah
Apa yang Ana lalui Ana nak kongsi, untuk dijadikan pengajaran pada diri sendiri dan sape2 je yang membaca.. Tiada niat lain.. Hanya Allah yang tau..

Malam ni macam malam2 yg lain.. Selalunya waktu Maghrib Ana akan pasangkan ayat2 Al-Quran.. sebab Ana rasa terlampau sunyi dan kadang2 takut jugak.. Selalunya Ana akan bukak website http://www.alafasy.tv/quran/ sebab website ni akan play ayat2 Al-Quran 24 hours non stop..
Lepas solat.. at least Ana akan bace sehelai muka surat Al-Quran.. Kat sini la bagi Ana keajaiban terjadi.. Waktu tu Ana tengah baca (at the same time, ayat2 Al-Quran still Ana mainkan kat laptop dari website tu) dan Ana rasa apa yang Ana baca sama macam dengan yang website tu playkan.. ngatkan satu ayat tu je yg sama.. bila Ana baca dan ikut sekali apa yang diplaykan kat website.. memang itu adalah surah yang sama!!! Ya Allah.. time tu dah berdebar2 sangat2.. Tak sabar nak abiskan whole surah dan cari terjemahan.. Ana rasa ada maksud disebaliknya walaupun maybe orang akan anggap kebetulan je.. dalam 114 Surah dan 6000 lebih ayat dalam Al-Quran, apa yang dimainkan di website tu.. dgn apa yang Ana baca adalah sama dalam waktu dan detik yang sama!!

Lepas abis bacaan.. Ana cepat2 cari terjemahan surah dan ayat tu..
Surah tersebut adalah surah Al-Waqi'ah ayat 51-96
Antara ayat2 tu

[51]
“Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
[52]
Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53]
“Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54]
“Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55]
“Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.
[56]
Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
[57]
Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
[58]
(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
[59]
Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
[60]
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

Itulah gambaran seksaan api neraka bagi mereka yang masih berdegil dan engkar..
Bagi mereka yang menidakkan hari kebangkitan
Sesungguhnya seksaan Allah itu adalah benar..
Ana tau.. itu adalah peringatan Allah bagi Ana.. yang makin leka.. makin lalai.. makin lupa..
Tatau Ana nak gambarkan mcm mana perasaan ni... Rasa terpukul sangat2!! Semoga ayat2 ni akan mengeraskan hati Ana utk mengelak segala fitnah dunia, fitnah kubur dan fitnah neraka Jahanam nanti..