BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 6, 2010

Kisah Sang Puteri dan Kersani..



Kisah Sang Puteri Phoenix yang terbakar dan bangkit semula dari abu setelah kecewa.. Kisah mistik yang menarik perhatian Ana..

Puteri Burung Phoenix bertekad, mulai hari ini, ia tidak mahu lagi memikirkan tentang kekecewaannya atau apa sahaja yang menghampakan dirinya. Sebaliknya ia mahu terus terbang tinggi dan memandang ke arah mana sahaja yang boleh menggembirakan hatinya, kerana ia tahu, jika ia memilih arah yang mengecewakannya, ia akan hanya membakar dirinya sendiri!

(boleh tak Ana nak anggap Ana Sang Puteri Phoenix tu... heee =D)

Relax kan minda jap lepas penat study.. bace kisah2 rakyat, kisah2 mistik, kisah2 dongeng.. memang Ana suka sangat.. yang auta kita ketepikan.. kita ambil pengajaran yang berguna..

Satu lagi kisah yang Ana akan mula kaji.. (takle kaji pun..google je :P) iaitu mengenai batu khursani atau name glemernye kersani.. sangat popular di era kepahlawanan Melayu dulu..

"Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu"

ni gambar sape la plak Ana amik ni.. :P

Ana sebenarnya sangat teruja dengan zaman kepahlawanan Melayu dulu.. jati diri memang kuat.. semangat apatah lagi.. ilmu penuh di dada.. sanggup bergadai nyawa demi agama dan maruah.. tapi sekarang ni.. haishhh Melayu hanya ada pada nama.. perangai dah tak serupa Melayu.. terlebih barat dari barat..

Tapi kan bila Ana tengok orang bersilat rasa satu benda pelik dalam diri Ana ni.. tatau la itu rasa apa.. tiba2 cam meremang bulu roma.. rasa apakah itu? hehe.. dah lama Ana tak praktikkan buah silat cekak yg Ana penah belaja dulu.. ingat ke tak lagi agaknye yer..

Ok.. banyak plak membebel.. sambung study balik~

2 Gossips:

al-lavendari said...

salam.

satu entri yang menarik. adapun komen saya adalah melalui entri saya di bawah ini. sangat berkaitan dengan entri awak ni. sila baca.

http://al-lavendari.blogspot.com/2009/10/siapa-lebih-berani.html

Suhana Suid said...

mula2.. comment ni tanak kua.. tatau la awat... ada error.. pas report kat google.. baru klua.. =)