BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 22, 2010

Jika Aku Jatuh Hati....

Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta sekali lagi.. ya Allah..
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati.. izinkankanlah aku
Menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana..
Jika aku jatuh hati.. jagalah hatiku padanya
Agar tidak berpaling dari hati-Mu

Ya Rabbul Izzati..
Jika aku rindu.. rindukanlah aku
Pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya Allah..
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu.. ya Allah..
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya Allah..
Jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu
Jangan biarkan aku melampaui batas
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu

Amin.. Ya Rabbal Alamin...

2 Gossips:

--- said...

Duhai temanku..jagalah pandangan matamu, supaya hatimu sentiasa bersih, selalulah engkau bertahajud di waktu malam kerana itulah pendidik dan penenang kepada jiwamu. Selalu mendampingi al- Quran kerana ia penenang jiwa. jagalah hati mu dan cintamu untuk seorang yang bergelar mujahid.

p/s: Jangan sedey2 lagi ye cik ana , moga dia berikan awak kebahagian di dunia dan akhirat (=

Suhana Suid said...

insyaAllah en.apokalip'z ;)

amin..terima kasih juga untuk doa tu