BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 25, 2010

Melankoli Sekeping Hati..


Ya Tuhanku..
Hanya Kau yang memahami apa yang tersirat..
Aku menagih cinta-Mu kembali..

Setelah aku leka mencari cinta insani..
Layakkah aku bersujud merintih belas kasih-Mu semula..

Sepi..
Berdosakah aku mengalami perasaan ini?

Ya Allah.. Cintaku..
Hanya belas-Mu yang aku inginkan waktu ini

Penciptaku..
Hilangkanlah kesunyian ini dengan kasih-Mu
Hamba-Mu merayu..

Berikanlah kelazatan bercinta dengan-Mu
Walau sedikit..
Agar hilang resah hati ini..

Aku hanya ingin bersama-Mu
Walaupun hati ini sentiasa menangis
Inilah rasa paling indah yang pernah aku alami...

0 Gossips: